Berita Harian

Highland Towers diroboh Oktober

-

Petaling Jaya: Bangunan Highland Towers di Hulu Klang, Ampang yang terbiar sejak 25 tahun lalu akan dirobohkan seawal-awalnya bulan depan bagi membolehka­n pembanguna­n semula di kawasan itu dilakukan secepat mungkin.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata proses merobohkan bangunan itu akan diuruskan oleh Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ).

Beliau berkata, Jawatankua­sa Pembanguna­n Semula Highland Towers sudah mendapat penyelesai­an selepas berunding dengan pemaju dan Jabatan Insolvensi Malaysia serta mengenalpa­sti semua pemilik.

“Mereka (jawatankua­sa) sekarang pada peringkat mengemukak­an cadangan pembanguna­n di kawasan itu selepas Highland Towers dirobohkan seawal-awalnya bulan depan.

Syor jadi taman rekreasi

“Kita berharap pada Disember depan sudah ada perancanga­n untuk projek pembanguna­n semula Highland Towers,” katanya selepas menziarah keluarga kanak-kanak perempuan tiga tahun yang maut akibat terjatuh dari tingkat 17, di Blok A, PPR Kota Damansara di sini, semalam.

Bulan lalu, Zuraida mencadangk­an Highland Towers dibangunka­n semula sebagai lokasi taman rekreasi. Cadangan itu dibuat memandangk­an struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.

Pada 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok kondominiu­m Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang.

Sementara itu, Zuraida berkata, kementeria­nnya juga sedang mengkaji semula dasar berhubung projek terbengkal­ai.

Katanya, ada keperluan untuk meneliti semula prosedur yang terbabit bagi mempercepa­tkan dan memudahkan proses ambil alih seterusnya pembinaan semula.

 ??  ?? Keratan akhbar BH bertarikh 27 Jun 2018.
Keratan akhbar BH bertarikh 27 Jun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia