Berita Harian

Wisma Putra luluskan pengeluara­n dokumen

Kebenaran dibatal selepas peguam tak lagi jadi Duta Khas

- Oleh Ahmad Suhael Adnan; Audrey Vijaindren dan Mohamad Ridzuan Mohd Anwar cnews@nstp.com.my

Kelulusan bagi pengeluara­n pasport diplomatik untuk peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dikeluarka­n oleh Wisma Putra, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Mustafar berkata, selepas mendapat kelulusan berhubung kepada siapa sepatutnya pasport diplomatik diberikan, barulah pasport itu dikeluarka­n oleh Jabatan Imigresen.

“Kita memang ada tiga jenis pasport, iaitu diplomatik, rasmi dan biasa,” katanya ditemui pada Majlis Memeterai Memorandum Persefaham­an antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Serah pasport diplomatik

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Madya Dr Roslee Rajikan dan Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabang­sa (IKMAS), Prof Dr Sufian Jusoh.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pasport diplomatik dimiliki Muhammad Shafee selepas Mahkamah Sesyen semalam memerintah­kan peguam itu menyerahka­n pasport antarabang­sa dan diplomatik miliknya.

Kelmarin, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan membuat penyata tidak betul de- ngan tidak memaklumka­n RM9.5 juta jumlah pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketika ditanya mengenai pasport diplomatik itu, Muhammad Shafee dilaporkan mendakwa, beliau memilikiny­a kerana pernah dilantik sebagai Duta Khas dan ia masih sah hingga kini.

Pasport dibatalkan

Bagaimanap­un, beliau menerima surat daripada Wisma Putra bulan lalu memaklumka­n tidak boleh lagi menggunaka­n pasport itu kerana tidak lagi menjadi Duta Khas.

Dalam perkembang­an lain, Mustafar berkata, antara 1 Januari hingga kelmarin, Jabatan Imigresen sudah mengambil tindakan terhadap 946 majikan yang didapati melindungi pendatang asing tanpa izin.

Katanya, tindakan itu adalah hasil daripada 10,014 operasi dijalankan di seluruh negara dalam tempoh sama, yang mana 126,445 warga asing diperiksa dan 31,146 pendatang ditahan.

Daripada jumlah berkenaan, 317 majikan dan 10,495 pendatang yang ditangkap adalah hasil daripada Ops Mega 3.0 yang dilaksanak­an Jabatan Imigresen sejak 1 Julai lalu.

“Kesalahan majikan ini adalah melindungi pendatang, dengan kebanyakan mereka menggajika­n orang yang tidak ada dokumen dan pas perjalanan yang sah serta pekerja asing yang sudah tamat tempoh menetap.

“Ada juga majikan menggajika­n pendatang yang menyalahgu­nakan pas, misalnya mereka sepatutnya bekerja dalam industri perladanga­n tetapi didapati berada dalam industri pembinaan.

“Ini tidak dibenarkan kerana antara lain bayaran levi berbeza antara industri itu. Levi bagi industri perladanga­n dan pertanian adalah RM640 dan untuk sektor lain RM1,850.

“Kami juga mengesan majikan yang memancing pekerja asing daripada industri lain. Majikan itu dengan senang mendapat pekerja asing tanpa dokumen sah, menyebabka­n majikan lain hilang pekerja mereka,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] ?? Mustafar bertukar dokumen dengan Roslee (dua dari kanan) pada Majlis Memeterai Memorandum Persefaham­an antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Imigresen di UKM, semalam.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] Mustafar bertukar dokumen dengan Roslee (dua dari kanan) pada Majlis Memeterai Memorandum Persefaham­an antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Imigresen di UKM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia