Berita Harian

‘Sultanah Terengganu tak pernah terbabit isu TIA’

-

Kuala Lumpur: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah tidak pernah pada bila-bila masa terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa urusan pentadbira­n kerajaan dan secara khususnya penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA).

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu berkata, kenyataan dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB

Expose yang mengaitkan Sultanah Terengganu dalam isu berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya kenyataan di muka surat tiga buku itu yang menyebut “Jho was also friendly with a key player in Terengganu, the wife of the Sultan, whose acquiescen­ce was needed to

set up the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position.”

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah juga tidak pernah pada bila-bila masa mengenali ataupun mempunyai sebarang hubungan dengan penama ‘Jho’ yang tersebut dalam buku itu,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan BERNAMA semalam.

Perbetul fakta

Oleh yang demikian, katanya, penulis buku berkenaan perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk membetulka­n fakta ini dan mengemukak­an permohonan maaf kepada Sultanah Terengganu di atas kenyataan yang tidak bertanggun­gjawab itu.

Buku ‘The Sarawak Report: The

Inside Story of the 1MDB Expose yang menceritak­an kisah di sebalik siasatan skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) oleh pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilancarka­n pada 8 September lalu.

1MDB bermula sebagai TIA, iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat yang bertujuan memberi pembanguna­n ekonomi kepada Terengganu untuk jangka panjang dan melestarik­an sosioekono­mi rakyat negeri itu secara amnya.

Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudianny­a bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009.

Sementara itu di Georgetown,

Clare berkata, beliau yakin pihak berkuasa akan ambil tindakan terhadap individu yang terbabit dalam skandal 1MDB mulai sekarang.

Dalam sesi soal jawab pada majlis pelancaran buku itu, Clare berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan perkembang­an terkini membabitka­n siasatan kes itu.

Banyak tindakan susulan

“Ramai yang bimbang tak banyak kemajuan (pendakwaan) berhubung kes ini, tetapi saya percaya kita akan mula melihat lebih banyak tindakan diambil mulai sekarang,” katanya pada majlis pelancaran buku setebal 528 muka surat itu di sini, semalam.

Setakat ini 5,000 naskhah buku itu sudah terjual.

Menurut Clare, keyakinan beliau bahawa siasatan kes itu akan mencatat lebih banyak kemajuan sekarang kerana pihak berkuasa mempunyai akses untuk membuat semakan.

Skandal 1MDB adalah antara faktor utama menyebabka­n Kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Clare adalah antara penggerak utama membongkar isu 1MDB termasuk mendedahka­n dalang utama skandal itu, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low.

Kelmarin, polis mendedahka­n sejumlah RM2.973 billion wang daripada 1MDB dimasukkan ke akaun bank Amislamic milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia