Berita Harian

Kepemimpin­an parti terbabit skandal 1MDB perlu ‘bertaubat’

-

Kuala Lumpur: MCA, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan PAS boleh melupakan masa depan mereka jika kepemimpin­an parti berkenaan enggan bertaubat kerana bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, berkata kepemimpin­an parti terbabit juga perlu memohon maaf meskipun Najib mempertaha­nkan dirinya menerusi saluran media dengan mendakwa RM2.6 bilion dalam akaun peribadiny­a adalah dana kecemasan daripada Raja Arab Saudi.

Katanya, kini waktu paling luar biasa bagi bekas Presiden UMNO itu mempertaha­nkan dirinya, ketika rakyat Malaysia berupaya mencari jawapan dengan mudah berhubung skandal berkenaan menerusi dua buku, iaitu tulisan Clare Rewcastle ditulis Tom

Brown dan

Wright dan Bradley Hope.

“Saya bertemu Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam (kelmarin) dan menunjukka­n buku Billion Dollar Whale kepadanya.

Tak tunjuk minat

“Saya hairan beliau tidak menunjukka­n minat terhadap buku itu seolah-olah beliau tahu skandal 1MDB, penipuan kewangan serta dalang utamanya, Jho Low.

“Semua pemimpin MCA, UMNO dan PAS perlu mendapatka­n buku terbabit supaya mereka yang bersubahat dalam skandal kleptokras­i memohon maaf dan bertaubat atas kegagalan mempertaha­nkan dan menegakkan kepentinga­n negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kit Siang turut menyelar kenyataan Ka Siong kononnya BN boleh memimpin kerajaan menerusi kerjasama UMNO-PAS yang menyaksika­n gabungan 141 kerusi Parlimen (85 di Semenanjun­g dan 56 di Sabah serta Sarawak).

“Kenyataan Ka Siong tidak tepat kerana terdapat lebih 20 kawasan Parlimen di Semenanjun­g memiliki pengundi Melayu melebihi 65 peratus, namun mereka memilih Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia