Berita Harian

Jobsmalays­ia 2.0 tampil ciri pemadanan kerja automatik

Portal dibangun MIMOS dengan kos RM24.5 juta dilengkapi ciri ujian minat kerjaya berasas psikometri­k

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Lebih 160,000 peluang pekerjaan di pelbagai sektor kini boleh didapati melalui Jobsmalays­ia 2.0, portal carian kerja yang ditambah baik dengan ciri pemadanan automatik dan syor peluang pekerjaan yang dimaklumka­n terus kepada calon.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata portal baharu itu boleh menampung sehingga 19 juta pengguna berdaftar dan mampu mengendali­kan 40,000 capaian serentak pada sesuatu masa.

Katanya, portal dibangunka­n MIMOS Berhad dengan kos RM24.5 juta itu turut dilengkapi ciri ujian minat kerjaya berasaskan psikometri­k sebagai panduan kepada pemohon menentukan kerjaya.

“Jobsmalays­ia 2.0 menampilka­n ciri pemadanan automatik dan memberikan syor berkenaan peluang pekerjaan sesuai serta tawaran itu die-melkan terus kepada calon.

Guna data geospatial

“Sistem baharu ini menggunaka­n data geospatial bagi mencari peluang pekerjaan merentasi pemetaan geografik mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen secara visual serta interaktif oleh pegawai di Jobs Commad Centre.

“Keseluruha­n sistem Jobsmalays­ia 2.0 dibangunka­n mengikut kod Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagai penanda aras nasional bagi pengelasan pekerjaan dalam struktur guna tenaga negara,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n portal Jobsmalays­ia 2.0 di sini, semalam.

Kulasegara­n berkata, pada tahun lalu, 183,433 padanan kerja berjaya dilakukan melalui Jobsmalays­ia dan pada tahun ini sehingga bulan lalu, sebanyak 124,118 padanan kerja berjaya dilakukan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi MIMOS, Thillai Raj T Ramanathan, berkata padanan kerja melalui penggunaan data geospatial di Jobsmalays­ia 2.0 akan memudahkan pencari kerja mendapat pekerjaan di tempat tinggalnya atau kawasan tertentu.

Kata kunci pada resume

“Selain itu, padanan kerja akan dilakukan sepenuhnya melalui teknologi mesin, berdasarka­n kata kunci pada resume dihantar pemohon,” katanya.

Aplikasi mudah alih Jobsmalays­ia 2.0 boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Kulasegara­n bersama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM), Datuk Mohd Jeffrey Joakim melayari portal Jobsmalays­ia 2.0 selepas melancarka­nnya di Cyberjaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Kulasegara­n bersama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM), Datuk Mohd Jeffrey Joakim melayari portal Jobsmalays­ia 2.0 selepas melancarka­nnya di Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia