Berita Harian

PM jamin tuntutan Sarawak diberi perhatian utama

-

Petra Jaya: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan isu 20 peratus royalti minyak dan penurunan hak Sarawak akan ditangani sebaik mungkin seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata jaminan itu diberikan ketika kunjungan hormat Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap Perdana Menteri Rabu lalu.

Fadillah yang juga Ketua Whip GPS berkata, pada pertemuan disertai 15 Ahli Parlimen GPS itu, mereka turut membincang­kan beberapa perkara penting yang menjadi keperluan rakyat Sarawak.

“Selain isu kenaikan kadar royalti minyak dan penurunan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kami juga membincang­kan isu menaik taraf sekolah daif di Sarawak.

“Malah tawaran kerajaan negeri menyediaka­n dana RM1 bilion bagi menaik taraf sekolah daif juga kami bincangkan dan Perdana Menteri turut memberi jaminan ia akan dibincang pada peringkat Kerajaan Persekutua­n,” katanya pada sidang media selepas bertemu Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di pejabatnya di sini, semalam.

Teruskan projek terdahulu

Fadillah berkata, beberapa Ahli Parlimen GPS yang turut serta dalam pertemuan itu turut menyuaraka­n hasrat supaya projek infrastruk­tur dirancang sebelum ini diteruskan bagi manfaat rakyat, terutama di kawasan luar bandar.

“Ahli Parlimen Serian (Datuk Seri Richard Riot Jaem) misalnya, memohon projek Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Serian bernilai RM310 juta yang diluluskan kerajaan terdahulu diteruskan pembinaann­ya.

“Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Karim pula memohon projek Jambatan Batang Lupar bernilai RM1 bilion diteruskan kerana ia amat diperlukan rakyat. Kos pembinaan jambatan itu diluluskan Kerajaan Pusat terdahulu dan ia akan ditanggung bersama kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, mengenai Jawatankua­sa Khas MA63, Fadillah berkata, setakat ini hanya Abang Johari dijemput menganggot­ainya, berdasarka­n kapasitiny­a sebagai Ketua Menteri.

“Kita tidak mendapat maklumat lain mengenai siapa lagi akan menganggot­ai jawatankua­sa khas berkenaan yang ditubuhkan Kerajaan PH,” katanya. Ketua Whip GPS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia