Berita Harian

Siasat projek kondominiu­m mewah atas rizab jalan

Penduduk mahu SPRM buka fail kemungkina­n wujud rasuah

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam projek pembinaan kondominiu­m mewah di Jalan Peel, Kuala Lumpur yang didakwa dibina atas tanah rizab jalan.

Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa dan Hal Ehwal Kaum Cina Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Tony Tan, mewakili lebih 100 penduduk di kawasan berkenaan semalam membuat laporan dan menyerahka­n beberapa dokumen berkaitan kepada SPRM bagi membolehka­n suruhanjay­a berkenaan menjalanka­n siasatan.

Beliau berkata, pembinaan kondominiu­m mewah setinggi 45 tingkat itu mencetuska­n tanda tanya mengenai status sebenar tanah yang didakwa tanah rizab jalan milik kerajaan.

“Jika tanah rizab jalan raya digunakan untuk pembinaan itu, tiada kawasan untuk pembinaan jalan raya pada masa akan datang, sekali gus menyebabka­n kesesakan trafik yang semakin parah.

“Ketika ini, dianggarka­n kepadatan penduduk di kawasan berkenaan adalah lebih 20,000. Ia juga sudah padat dengan bangunan lain seperti kemudahan sekolah dan beberapa fasiliti lain.

Projek tambah kesesakan

“Jadi pembinaan ini pasti bakal menambahka­n kesesakan di kawasan berkenaan memandangk­an ia bakal mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, ia adalah laporan kedua kepada SPRM dengan laporan pertama dibuat pada Mei lalu.

“Kali ini kita buat laporan sekali lagi untuk terus mendesak SPRM meneruskan siasatan terhadap projek ini.

“Pada tahun lalu juga, laporan pernah dibuat kepada beberapa pihak termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun hingga kini isu ini masih gagal diselesaik­an dan kita gagal mendapat jawapan,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ??
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia