Berita Harian

Pelawak Accapan meninggal dunia

-

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak terkenal, Accapan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam, 60, meninggal dunia akibat masalah kegagalan buah pinggang pada jam 2.43 pagi semalam.

Accapan meninggalk­an seorang balu, Yogeswari Subramania­m, 53, dan tiga anak, iaitu Vikneshwar­an, 31, Dhineshwar­an, 28, dan Yhuveneshw­ary, 24.

Anak bongsu mendiang, Yhuveneshw­ary berkata, seluruh ahli keluarga berada di sisi pelawak itu yang menghembus­kan nafas terakhir di kediaman mereka di Puchong, Selangor.

“Upacara penghormat­an terakhir akan dilakukan di rumah di Taman Puchong Utama, kira-kira jam 3 petang ini (semalam),” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mendiang Accapan adalah pelawak berbangsa India yang sangat dikenali dalam industri hiburan tempatan sejak era 1970-an.

Rakam album

Namanya semakin sinonim sebagai pelawak apabila membintang­i sitkom Santan Berlada pada era 1980-an bersama Khairul Azhar dan Allahyarha­m Ali Mamak.

Mereka pernah merakamkan album dan Trio

yang menampilka­n irama dangdut, raggae, rock dan pop dalam bahasa Tamil.

Kebanyakan seleksi adalah lagu Melayu yang ditukar liriknya.

Dilahirkan di Parit Buntar, Perak pada 27 Januari 1958, figura seni itu turut menyerlah di arena perfileman dengan kali terakhir membintang­i filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin pada 2012.

Antara filem lakonannya yang lain seperti

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) melalui Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah turut mengucapka­n takziah kepada keluarga mendiang.

 ??  ?? Accapan
Accapan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia