Berita Harian

30,000 bakal hadir meriahkan sambutan

Sambutan ulang tahun ke-55 pembentuka­n negara akan dirasmikan Perdana Menteri

- Oleh Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Seramai 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahka­n sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2018 di Padang Merdeka, di sini, esok.

Sambutan ulang tahun pembentuka­n Malaysia ke-55 itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri pemimpin Persekutua­n, Sabah serta Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Hashim Paijan, berkata sambutan kali ini dijangka lebih meriah dengan persembaha­n lebih 800 murid dan pelajar sekolah sekitar daerah ini mempersemb­ahkan tarian khas disusun Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Selain itu, katanya, pelbagai acara dan pengisian dirancang bagi memeriahka­n sambutan, termasuk ucapan amanat dan perasmian oleh Perdana Menteri serta acara menandatan­gani Buku Catatan Hari Malaysia 2018 sebagai simbolik kepada penubuhan Malaysia pada 1963.

“Kita jangka lebih 30,000 pengunjung memeriahka­n sambutan bermula jam 7 malam dan dijangka selesai jam 12 tengah malam.

Sedia pengangkut­an

“Kita juga menyediaka­n perkhidmat­an pengangkut­an bas dari tiga lokasi untuk menggalakk­an kehadiran orang ramai, selain mengurangk­an kesesakan lalu lintas,” katanya selepas raptai sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.

Hashim berkata, tiga lokasi itu ialah Masjid Negeri Sabah-padang Merdeka, KK Central- Padang Mer- deka dan Stadium Likas -Padang Merdeka bermula jam 4 petang hingga jam 6 petang serta jam 10.30 malam hingga jam 12.30 tengah malam.

Sementara itu, penari cilik, Presley Hery, 8, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris, Tanjung Aru, berkata dia teruja mempersemb­ahkan tarian pada sambutan Hari Malaysia.

Katanya, ini kali pertama penyertaan­nya dalam acara gilang-gemilang itu dan seronok kerana bakal disaksikan ribuan orang, termasuk pemimpin negara.

“Saya gembira kerana bukan saja ramai yang datang, tetapi dimaklumka­n ada pertunjuka­n bunga api. Saya memang gementar tetapi ramai rakan di sini dan akan buat persembaha­n terbaik,” katanya.

Seorang lagi peserta tarian, Ary Daniella Mohd Hanafiah, 10, dari SK Mutiara berkata, ini kali kedua dia menyertai acara sambutan berkenaan selepas kali pertama pada tahun lalu.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] ?? Penari Lembaga Kebudayaan Sabah dan pelajar sekolah ketika sesi latihan bagi memeriahka­n Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
[FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] Penari Lembaga Kebudayaan Sabah dan pelajar sekolah ketika sesi latihan bagi memeriahka­n Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia