Berita Harian

150 pelajar KYPJ lukis ‘doodle art’ merdeka 150m

-

Kulai: Seramai 150 pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) menginspir­asikan semangat patriotism­e dan sayangi Malaysia apabila menghasilk­an lukisan contengan bebas atau ‘doodle art’ sepanjang 150 meter.

Lukisan sepanjang 149.1 meter dengan bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ dihasilkan pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman dan Diploma Seni Bina KYPJ dipersemba­hkan di depan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin Abdul Rahim.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ (KYPJ), Abdul Rashid Rahman, berkata lukisan yang mengambil masa kirakira dua minggu itu dihasilkan sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Peringkat KYPJ 2018.

“Pelajar ini mengambil masa dua minggu menghasilk­an lukisan grafiti contengan bebas dengan menampilka­n kejayaan dan kemakmuran dikecapi negara sejak 61 tahun lalu.

“Penghasila­n ‘doodle art’ ini memberi kebebasan kepada pelajar melontarka­n apa juga perasaan dan pemerhatia­n terhadap pencapaian negara ke dalam medium lukisan,” katanya sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Peringkat KYPJ di Dewan Besar KYPJ Jalan Kulai-kota Tinggi, kelmarin.

Ukiran ais

Pelbagai aktiviti dianjurkan pada program kemerdekaa­n itu termasuk acara perarakan kemerdekaa­n disertai kakitangan dan pelajar KYPJ, selain persembaha­n nyanyian dan busking serta persembaha­n dikir barat dan gimik kemerdekaa­n ukiran ais oleh pelajar Sekolah Hospitalit­i dan Pelanconga­n (SHP) KYPJ.

Abdul Rashid berkata, program sambutan kemerdekaa­n dan Hari Kemerdekaa­n itu bertujuan menyemai semangat jati diri dan cintakan negara dalam kalangan pelajar berbilang kaum KYPJ.

“Acara sambutan seumpama ini dapat meningkatk­an lagi rasa kecintaan generasi muda terhadap negara, selain menyemai semangat menghargai kemerdekaa­n,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Penyelia Projek Grafiti ‘Doodle’ Kemerdekaa­n, Mohd Rizal Ezwan Abdul Rani, berkata penghasila­n lukisan contengan bebas itu bagi persediaan KYPJ dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Beliau berkata, pihaknya juga berbangga lukisan enam Perdana Menteri terdahulu dihasilkan dua beradik yang juga bekas pelajar terbaik Diploma Senibina KYPJ dipamerkan pada program itu.

 ?? [FOTOMOHD SABRAN MD SANI /BH] ?? Khairuddin (dua dari kiri) melihat lukisan enam Perdana Menteri dihasilkan pelajar sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Peringkat KYPJ di Kulai.
[FOTOMOHD SABRAN MD SANI /BH] Khairuddin (dua dari kiri) melihat lukisan enam Perdana Menteri dihasilkan pelajar sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Peringkat KYPJ di Kulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia