Berita Harian

Bekas pengawal keselamata­n diperintah bela diri kes bunuh

-

Shah Alam: Seorang bekas pengawal keselamata­n diperintah Mahkamah Tinggi di sini, semalam, untuk membela diri atas pertuduhan membunuh seorang ibu muda dalam pantang bersalin, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap Mohd Azmirul Shamsuddin, 39.

Mengikut pertuduhan, tertuduh berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, didakwa membunuh Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 24, yang juga rakan serumahnya di Pangsapuri Mentari Court, Sungai Way, Petaling Jaya, pada jam 8.22 malam 4 Mac 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Azman dalam penghakima­n berkata, mahkamah berpuas hati dengan elemen bahawa tertuduh menyedari perbuatan didakwa dilakukann­ya itu boleh menyebabka­n kematian mangsa.

Tutup mulut mangsa

“Berdasarka­n hujahan pendakwaan, asid deoksiribo­nukleik (DNA) tertuduh ditemui pada kain lampin bayi (yang diikat bagi menutup mulut mangsa). Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dilakukan oleh tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Halim Ashgar Mohd Hilmi.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 September depan.

Seramai 14 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraa­n yang bermula sejak Januari lalu.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kedua-dua tangan dan kaki terikat, bersama bayi perempuann­ya berusia sebulan setengah yang sedang tidur di sisinya.

Kejadian itu disedari suami mangsa yang baru pulang dari kerja dan mendapati pintu rumah berkunci dari dalam sehingga terpaksa memecahkan­nya selepas gagal dibuka dengan kunci, malah panggilann­ya turut tidak dijawab.

Selain pasangan suami isteri itu, dilaporkan tiga lagi individu mendiami rumah berkenaan yang dijadikan kuarters pengawal keselamata­n sebuah kilang elektronik di Kelana Jaya.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Azmirul (tengah) diperintah membela diri.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Azmirul (tengah) diperintah membela diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia