Berita Harian

Afidavit arahan Peguam Negara

Pemfailan selepas wujud bukti baharu

- Oleh Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

Mahkamah Rayuan di sini, semalam, diberitahu arahan untuk membuat afidavit membabitka­n peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima bayaran RM9.5 juta itu adalah daripada Peguam Negara, Tommy Thomas.

Perkara itu dimaklumka­n Peguam Kanan Persekutua­n, Zureen Elina Mohd Dom ketika prosiding sebutan kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memfailkan saman terhadap kerajaan berhubung perbicaraa­n kes liwatnya sebelum ini.

“Afidavit ini difailkan selepas terdapat bukti baharu dalam kes ini. Peguam Negara berpendapa­t beliau adalah pegawai mahkamah dan mempunyai tanggungja­wab untuk memberitah­u kebenaran kepada mahkamah,” katanya.

Ia bagi menjawab soalan panel tiga hakim diketuai Datuk Umi Kalthom Abdul Majid yang mempersoal­kan berhubung afidavit baharu oleh pegawai khas dari Pejabat Peguam Negara, Siti Rahayu Mohd Mumazaini.

Umi Kalthom berkata, beliau pelik dengan afidavit baharu itu dan bertanya sama ada ia difailkan untuk membatalka­n saman Anwar.

Yang turut bersidang, Datuk Yeoh Wee Siam dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.

Terdahulu, mahkamah dimaklumka­n oleh peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar bahawa pihaknya baru menerima notis usul daripada Muhammad Shafee yang memohon menjadi pencelah dalam kes itu, pada jam 4 petang kelmarin.

Susulan itu, mereka memohon tarikh baharu untuk membolehka­n pihaknya meneliti dokumen itu terlebih dulu.

Mahkamah menetapkan 21 September ini untuk sebutan semula dan 29 November depan bagi mendengar permohonan Muhammad Shafee untuk menjadi pencelah.

Sementara itu, Sri Ram ketika ditemui selepas selesai prosiding berkata, pihaknya akan mengemukak­an bantahan terhadap permohonan Muhammad Shafee itu.

Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinderj­it Singh, Sarah Abishegam dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.

Batalkan saman

Pada 8 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalka­n saman itu selepas membenarka­n permohonan kerajaan.

Anwar memfailkan saman pemula itu pada 9 Jun 2017, mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraa­n adil dalam rayuan terhadap sabitannya bagi kes meliwat.

Beliau memohon pengisytih­aran sabitannya yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires terhadap Perlembaga­an Persekutua­n dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.

Dalam afidavitny­a, Anwar mendakwa Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berhubung sabitannya bagi meliwat.

Kerajaan memfailkan permohonan membatalka­n saman Anwar atas alasan ia remeh dan menyalahgu­nakan proses mahkamah.

Hakim Datin Azizah Nawawi memutuskan permohonan Anwar itu tidak berasas dan tanpa sebarang keterangan sokongan.

Anwar sebelum ini disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantuny­a, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Persekutua­n.

Bagaimanap­un, Anwar diberikan pengampuna­n penuh oleh Yang di-pertuan Agong pada 16 Mei lalu.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI /BH] ?? Anwar (tengah) hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI /BH] Anwar (tengah) hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia