Berita Harian

Syor kerajaan laksana dasar hak pemberi maklumat

Bekas Ketua Hakim Negara sarankan elak konflik salah laku penjawat awam

- Memang sudah menjadi kewajipan bagi setiap penjawat awam melaporkan salah laku yang berlaku kepada pihak atasan” Zaki Azmi, Bekas Ketua Hakim Negara

Oleh Hidir Reduan, Siti Nur Mas Erah Amran dan Siti Nur Zawani Miscon

Kerajaan perlu melaksanak­an dasar ‘Whistleblo­wing’ supaya konflik salah laku dalam kalangan penjawat awam dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, berkata dasar berkenaan perlu dirangka secara terperinci supaya hak pemberi maklumat atau ‘whistleblo­wer’ dapat dilindungi.

“Ketua Setiausaha (KSU) atau Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu buat keputusan untuk merangka dasar serta pelaksanaa­nnya.

“Dasar ini dapat menentukan bagaimana cara membuat laporan salah laku dan bagaimana cara yang akan kita guna untuk melindungi pemberi maklumat

Tak boleh dedah identiti pemberi maklumat

“Kita minta syarikat swasta buat (dasar), tetapi kenapa kerajaan tak melakukann­ya,” katanya selepas menyampaik­an ceramah sempena seminar Pengasinga­n Kuasa: Di Mana Garisan Neutraliti Penjawat Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, identiti pemberi maklumat tidak boleh didedahkan, kecuali ia adalah palsu.

“Jika selepas siasat dan maklumat diberi itu betul, tindakan perlu diambil terhadap orang yang diadukan itu.

“Paling penting, memang sudah menjadi kewajipan bagi setiap penjawat awam melaporkan salah laku yang berlaku kepada pihak atasan,” katanya.

Sementara itu, Zaki berkata, penjawat awam perlu mematuhi dasar kerajaan dan bukannya dasar parti.

Katanya, setiap penjawat mesti memahami perbezaan antara kerajaan dan parti yang mentadbir kerajaan.

“Kita sokong kerajaan dan perlu ikut dasar ‘bos’ baharu, tetapi bukan ikut dasar parti.

“Jika nak jadi ahli politik, jangan jadi penjawat awam. Jika mahu jadi penjawat awam, tetapi nak bantu parti politik yang kita sokong, itu tidak betul,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia