Berita Harian

Tun Zaki akur ditamatkan khidmat di UMS

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi akur dengan keputusan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menamatkan perkhidmat­annya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, Maszlee berhak melantik manamana individu yang dapat memudahkan jalinan kerjasama, sekali gus memberi manfaat kepada universiti awam (UA).

“Perkhidmat­an saya dipendekka­n, bukan ditamatkan tetapi, sama sahaja keputusann­ya. Saya tidak kenal Maszlee, namun isu ini adalah isu kerja dan jika beliau lantik orang yang boleh bekerja, ini akan membawa manfaat kepada UMS.

Kerjasama menteri, Pengerusi UA

“Penting bagi menteri dan Pengerusi UA bekerjasam­a dengan baik untuk membangunk­an institusi pendidikan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ceramah pada Seminar Pengasinga­n Kuasa: Di Mana Garisan Neutraliti Penjawat Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, semalam.

Pada 31 Julai lalu, Maszlee dilaporkan berkata lima Pengerusi UA ditamatkan perkhidmat­an disebabkan lantikan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Empat lagi Pengerusi UA yang ditamatkan ialah Tan Sri Sufri Mohd Zin (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia); Datuk Dr Kamaruddin Hussin (Universiti Sultan Zainal Abidin); Tan Sri Noorul Ainur Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia) dan Tan Sri Anuwar Ali (Universiti Putra Malaysia).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia