Berita Harian

6 RTC diserah kepada kerajaan negeri, pemilik asal

-

Melaka: Enam daripada 11 Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) di seluruh negara akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri dan pemilik asal bangunan selewat-lewatnya Januari tahun depan.

Ia susulan hasrat kerajaan untuk menjenamak­an semula projek infrarakya­t itu.

Sumber Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar berkata, enam RTC terbabit adalah di Tunjung Kota Bharu, Kelantan; Gopeng, Perak; Seberang Prai, Pulau Pinang; Rembau, Negeri Sembilan dan Betong serta Sibuti di Sarawak.

“RTC di Tunjung dan Gopeng akan diserahkan kepada pemilik asal bangunan, iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), manakala RTC Seberang Prai pula kepada MARA.

“Rembau, Betong dan Sibuti pula akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui NSTP, semalam.

Beliau berkata, keputusan menyerahka­n semula pusat perkhidmat­an dan ekonomi penduduk itu sudah dilakukan dan kini terserah kepada agensi Persekutua­n di kawasan berkenaan untuk kekal beroperasi atau sebaliknya.

Cadang jenamakan semula

“Pihak kementeria­n hanya akan membiayai sewaan premis bagi agensi Persekutua­n di enam RTC terbabit sehingga hujung tahun ini dan kita bercadang menjenamak­annya semula,” katanya.

Katanya, lima RTC yang kekal di bawah kementeria­n adalah di Sungai Rambai, Jasin di Melaka; Johor, Pahang, Terengganu dan Kedah.

“Proses ini dilakukan kerana kementeria­n tidak lagi meneruskan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenal­kan kerajaan terdahulu.

“Kita mengalami kekangan (tiada peruntukan) pada peringkat kementeria­n, jadi perlu mencari cara lain,” katanya.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] ?? RTC Sungai Rambai, Melaka kekal di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] RTC Sungai Rambai, Melaka kekal di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia