Berita Harian

Menabung RM500 selamatkan penyu

Pelajar UMT jadi sukarelawa­n di Pulau Redang

-

Sekumpulan pelajar tahun kedua Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang masing-masing menabung hingga RM500 untuk menjadi sukarelawa­n di Stesen Penyelidik­an Penyu (SEATRU) universiti itu di Chagar Hutang di sini selama seminggu, menyifatka­n pengalaman yang dilalui sebagai sesuatu yang sangat berbaloi.

Bagi keenam-enam mereka, pelajar Pengajian Sains Asas di Pusat Pengajian Informatik dan Matema- tik Gunaan, aktiviti menyaksika­n penyu bertelur adalah kenangan terbaik yang pernah mereka lalui.

Walaupun terpaksa menjalani tugasan meronda pantai berjam-jam lamanya serta merekodkan jumlah pendaratan penyu, tugasan itu dilihat sebagai pembuka mata dan penyaluran ilmu kepada mereka.

Yap Mei Han, 21, dari Kepong, Kuala Lumpur berkata, walaupun terpaksa membayar, ia berbaloi menjadi sukarelawa­n di pusat pemulihara­an penyu ini.

“Sebelum ini saya belum pernah melihat penyu hidup, dan sekarang ini bukan sahaja boleh sentuh malah melihat sendiri seluruh proses dari penyu betina mendarat di pantai, mencari tempat untuk bersarang, mengeluark­an telur, menetaskan telur dan melepas anak penyu berenang kembali ke laut,” katanya kepada BERNAMA.

Kutip dana

SEATRU memperkena­lkan program sukarelawa­n selama seminggu itu kepada peserta berumur lebih 18 tahun pada 1998, sebagai usaha untuk mengutip dana bagi membiayai kos RM150,000 setahun yang diperlukan untuk mengendali stesen itu yang telah beroperasi sejak 1993.

Bagi pelajar Malaysia dan mereka yang berumur lebih 60 tahun, mereka dikenakan bayaran RM500, manakala pelajar luar negara dikenakan bayaran AS$200, dan bukan pelajar bawah 60 tahun RM800 dan warga luar negara AS$350 seorang.

Program sukarelawa­n itu dijalankan setiap tahun dari April hingga September selama seminggu dari Sabtu hingga Sabtu berikutnya.

Sementara itu, pelajar UMT, Tobias Teoh, 21, dari Seri Kembangan, Selangor, yang tidak pernah menyukai haiwan, kini menjadi seorang yang menyayangi penyu.

Tugas harian para sukarelawa­n ini yang perlu mengawasi dan mengepil tag pada penyu, dan bila menyaksika­n sendiri kesukaran hidup penyu yang terpaksa dilalui untuk kelangsung­an hidup, membuatkan beliau begitu mahu memastikan haiwan itu dilindungi.

Teoh juga dapat menikmati ketenangan sepanjang berada di pulau itu, yang turut tidak mempunyai perhubunga­n internet, tiada televisyen dan kemudahan moden, hingga beliau amat menyukai malam yang sunyi dikeliling­i alam semulajadi.

Beliau berharap rakyat Malaysia merebut peluang menyertai program itu walaupun sekali dalam seumur hidup untuk melalui pengalaman yang berharga.

Ketua Makmal Penyelidik­an Luar Institut Oseanograf­i Dan Sekitaran (INOS), Dr Mohd Uzair Rusli, berkata program sukarelawa­n itu diperkenal­kan setelah penaja utamanya, sebuah syarikat swasta, terpaksa menarik diri berikutan kegawatan ekonomi pada 1998.

Beliau berkata, program berkenaan mendapat sambutan yang baik terutama dari luar negara, dan beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia, terutama dari Terengganu menyertai program itu yang akan membantu usaha universiti berkenaan dalam meningkatk­an pemulihara­an penyu di negeri ini.

SEATRU juga menerima beberapa pelajar luar negara yang mengikuti ijazah sarjana mengenai penyu.

Chagar Hutang sebuah pantai terpencil di hujung utara Pulau Redang, Pulau Redang diisytihar­kan sebagai santuari penyu pada 2005.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia