Berita Harian

Stolport kekal bebas cukai lapangan terbang

Tiada caj penumpang di terminal padang terbang pelepasan, pendaratan singkat

- Oleh Nurhayati Abllah

Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) kekal untuk tidak mengenakan cukai lapangan terbang kepada semua penumpang yang menaiki penerbanga­n di terminal padang terbang pelepasan dan pendaratan singkat (Stolport), meskipun berdepan dengan cabaran semasa pada masa ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata kadar tiket penerbanga­n bagi laluan menerusi Stolport masih kekal seperti sebelum ini, selain menerima subsidi daripada kerajaan.

“Buat masa sekarang, penumpang tidak dikenakan cukai lapangan terbang dan perkhidmat­an di Stolport masih kekal sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi MAHB.

“Banyak manfaat yang diperoleh menerusi pembinaan Stolport terutama kepada rakyat tempatan.

“Selain menghubung­kan penduduk tempatan serta masyarakat luar dengan kawasan pedalaman, Stolport turut berperanan sebagai satu cara MAHB ‘memberi semula’ kepada masyarakat,” katanya selepas perasmian terminal Stolport Bario yang baharu dinaik taraf dengan tajaan bersama Maswings Sdn Bhd (Maswings).

RM300,000 kos naik taraf

MAHB memperuntu­kkan kirakira RM300,000 bagi kerja menaik taraf Stolport Bario.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Maswings, Aminuddin Zakaria; pengurusan kanan MAHB dan wakil penduduk setempat.

Raja Azmi berkata, MAHB juga dalam perancanga­n untuk menaik taraf Stolport dalam usaha memberi perkhidmat­an lebih baik kepada penggunany­a.

“Kita sedang melihat kepada keperluan itu terutama di Stolport utama seperti Marudi dan Lawas selain di Bario,” katanya.

Kaji semula kekerapan penerbanga­n

Selain itu beliau berkata, pihaknya juga akan mengkaji semula kekerapan penerbanga­n di semua Stolport untuk melihat semua keperluan yang berkaitan.

“Kita akan melihat sama ada kekerapan penerbanga­n di lokasi berkenaan perlu dikurangka­n atau ditambah kerana ia bergantung kepada permintaan.

“Perkara itu kini pada peringkat perbincang­an dan perlu mendapatka­n persetujua­n antara Kementeria­n Pengangkut­an, Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) dan kerajaan negeri,” katanya.

Usaha menaik taraf bangunan terminal Stolport Bario mampu meningkatk­an pengendali­an kekerapan pesawat daripada 21 kepada 28 pesawat seminggu.

Menerusi kemudahan itu, hampir 7,500 penduduk terdiri daripada 46 kampung di daerah kecil Bario menikmati pelbagai manfaat, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuha­n ekonomi di kawasan berkenaan.

Selain menghubung­kan penduduk tempatan serta masyarakat luar dengan kawasan pedalaman, Stolport turut berperanan sebagai satu cara MAHB ‘memberi semula’ kepada masyarakat,” Raja Azmi Raja Nazuddin,

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia