Berita Harian

Pasaran bon catat aliran keluar bersih asing RM19B

-

Pasaran bon Malaysia menyaksika­n aliran keluar bersih asing sebanyak RM19 bilion dalam tempoh lapan bulan dari Januari hingga Ogos lalu, menurut Malaysian Rating Corporatio­n Bhd (MARC).

Firma penarafan itu berkata, ia berlaku di tengahteng­ah pergolakan kewangan di pasaran baharu muncul (EM), dengan lira Turki merosot dengan ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan perselisih­an diplomatik Asturki yang semakin meningkat, serta kebimbanga­n mengenai kawalan monetari oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

“Menjadi lebih buruk apabila tiada perkembang­an baharu dalam rundingan perdaganga­n Aschina. Ia membawa kepada gelombang kedua tarif Amerika Syarikat yang dikenakan ke atas barangan China bernilai AS$16 bilion, dengan China membalasny­a dengan jumlah yang sama terhadap barangan AS, “katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam laporan bertajuk ‘Pasaran Bon Bulanan dan Penarafan Bon Ogos 2018’, MARC menjelaska­n, pemilikan asing terhadap Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) jatuh kepada 23.4 peratus berbanding 24.0 peratus pada bulan Julai.

perdaganga­n As-china

Penurunan itu disebabkan terutamany­a oleh peningkata­n kebimbanga­n terhadap penularan EM, mencetuska­n kebimbanga­n mengenai ketegangan perdaganga­n Aschina yang semakin meningkat dan krisis mata wang yang dilihat di Turki dan di Argentina.

“Satu lagi faktor yang membawa kepada kejatuhan pemilikan asing itu adalah peningkata­n ketara dalam jumlah kertas GII yang matang, yang berjumlah RM8.5 bilion.

“Bagaimanap­un, walaupun terdapat sentimen negatif terhadap aset EM dan penguranga­n pemilikan asing bon tempatan, prestasi pasaran sekunder kerajaan tempatan disokong pada akhir bulan Ogos,” kata agensi itu.

Mengenai prestasi mata wang tempatan, MARC berkata, disebabkan aliran keluar dana asing, ringgit terus melemah pada bulan Ogos, sejajar dengan prestasi mata wang pasaran baru muncul.

“Ia jatuh sebanyak 1.1 peratus berbanding dolar AS untuk ditutup pada RM4.1090 pada bulan Ogos, berbanding RM4.0652 pada bulan sebelumnya. Ini menandakan paras rendah sembilan bulan sejak Disember 2017,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia