Berita Harian

RFID TNG mula Januari 2019

-

Teknologi Identifika­si Frekuensi Radio (RFID) oleh Touch ’n Go Sdn Bhd (TNG) bakal menemui orang ramai secara rasmi menjelang Januari 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG, Syahruniza­m Samsudin, berkata fasa percubaan yang dilancarka­n pada 8 Ogos lalu mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai.

“Pendaftara­n bagi fasa percubaan telah ditutup dan pendaftara­n baharu akan dibuka semula pada tahun hadapan selepas ia dilancarka­n.

“Buat masa ini, kami sedang mengumpul maklum balas daripada pengguna yang telah mendaftar pada fasa percubaan dan akan memperbaik­i sebarang kelemahan yang timbul sebelum RFID digunakan di seluruh lebuh raya utama negara,” katanya kepada pemberita pada Hari Media RFID, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi TNG, Noor Farilla Abdullah.

Ganti peranan Smarttag

Sistem RFID menggunaka­n cip frekuensi radio yang terkandung dalam satu pelekat yang ditam pal pada sesebuah kenderaan dan akan menggantik­an peranan peranti tag pintar (Smarttag).

“Pelekat ini akan dihubungka­n kepada aplikasi dompet elektronik atau ewallet TNG yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memantau dan menambah nilai baki ewallet mereka secara dalam talian,” tambah Syahruniza­m.

Untuk maklumat lanjut berkenaan RFID, orang ramai boleh melayari laman web www.touchngo.com.my atau boleh menghubung­i TNG Careline di talian 0327148888.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia