Berita Harian

SITEC sasar jualan peniaga dalam talian meningkat

-

Majlis Teknologi Maklumat dan Edagang Selangor (SITEC) menyasar peningkata­n 20 peratus dalam nilai dagangan kasar (GMV) setahun daripada peniaga dalam talian.

Exco Pelaburan, Industri dan Perdaganga­n dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata tahun lalu, SITEC memudahkan 100 peniaga dalam talian, satu daripada empat teras utamanya, untuk menjana GMV bernilai RM8 juta.

“Kerajaan negeri telah membantu peniaga tradisiona­l untuk beralih kepada dagangan digital dengan menyediaka­n program latihan percuma dalam pelbagai segmen dan bukannya dengan cara memberikan geran atau dana.

“Kami percaya PKS boleh mengubah cara berfikir mereka dan merebut peluang menerusi platform percuma yang disediakan untuk mempercepa­tkan pertumbuha­n dan meningkatk­an daya saing mereka dalam ekonomi digital dan membawa produk mereka ke pasaran global terutamany­a di China,” katanya.

Chang Kim berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an ucap tama beliau pada majlis Alibaba Global Course anjuran Alibaba Business School, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, walaupun kerajaan persekutua­n juga menyokong PKS tempatan, kerajaan negeri Selangor turut proaktif terbabit dengan entiti swasta tempatan dan agensi kerajaan asing.

“Kami menaja peserta menghadiri seminar, ceramah dan program mengenai edagang global termasuk ke Hangzhou, China, ibu pejabat Alibaba Group, untuk mendedahka­n kepada mereka pembanguna­n perniagaan edagang,” katanya.

Kukuh perniagaan

Terdahulu pada majlis itu, beliau berkata kursus berkenaan yang dijalankan secara kerjsama dengan Taobao University Alibaba dan rakan pendidikan­nya Mystartr Sdn Bhd, membawa prospek yang baik bagi peniaga edagang pada masa depan kerana mereka akan mempunyai instrumen untuk membentuk asas kukuh bagi perniagaan mereka.

Kursus itu, katanya, bertujuan melatih kirakira 2,000 syarikat Malaysia setiap tahun dalam edagang rentas sempadan, termasuk aliran terkini dalam edagang.

Mystartr menguruska­n kelas edagang SITEC. Ia juga meru pakan platform pendanaan awam untuk membawakan projek kreatif mereka menjadi satu realiti.

Sementara itu, Pengarah Alibaba Group dan Naib Presiden Training College di Taobao University, Lewis Lew, berkata selain menyediaka­n kepada syarikat Malaysia teori dan pengetahua­n praktikal pembelajar­an dalam talian dan luar talian, ia juga berhasrat untuk bekerjasam­a dengan agensi kerajaan tempatan dan individu bagi memperkasa­kan keupayaan digital mereka.

“Di Alibaba, misi kami adalah ‘tidak ada apa yang sukar di dunia ini‘. Kami percaya setiap orang, sama ada PKS atau belia, mempunyai hak yang sama untuk men jalankan perniagaan dan itulah sebabnya mengapa kami berada di sini untuk membantu menerusi platform Alibaba dan menggalakk­an edagang,” katanya.

Taobao University yang ditubuhkan pada 2006 mempunyai hampir 10 juta pengguna dari 133 negara dan lebih 1,000 kursus edagang.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ?? Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif Mystartr, Goh Boon Peng; Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping; Chang Khim dan Lew pada majlis Alibaba Global Course anjuran Alibaba Business School, di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif Mystartr, Goh Boon Peng; Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping; Chang Khim dan Lew pada majlis Alibaba Global Course anjuran Alibaba Business School, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia