Berita Harian

Tiada perancanga­n berganding kembali

Siapa sahaja boleh jadi hero Hannah, semuanya dianggap mencabar diri

-

“Mengenai kesukaran untuk memberikan kerjasama menjayakan fotografi promosi filem pula, saya tidak tahu bagaimana khabar angin sebegitu boleh tersebar?

“Saya sebenarnya masih melunaskan baki penggambar­an drama, ketika sesi fotografi terbabit diatur. Penggambar­an drama itu masih berbaki, jadi pihak produksi memang berusaha mengejar waktu bagi menyiapkan­nya secepat mungkin,” jelas gadis yang dilahirkan dengan nama Hannah Adlina Blackburne Birch ini.

Apatah lagi, kata Hannah, ketika itu siaran drama berkenaan bakal bermula.

“Bahkan, selepas mula disiarkan di kaca TV pun, penggambar­an drama terbabit masih lagi diteruskan. Justeru, bukan sekadar sesi fotografi terpaksa dibatalkan, beberapa acara seperti Minggu Fesyen Kuala Lumpur juga tidak dapat saya hadiri.

“Namun, saya bersyukur apabila dapat menjayakan promosi filem di utara tanah air, baru-baru ini. Jadi, ia bukan lagi satu isu.

Saya juga akan menjayakan siri jelajah filem berkenaan di beberapa lokasi lain,” katanya.

Terima siapa saja gandingan

Ditanya apakah selepas Mencintaim­u Mr Photograph­er dan Langsuir, kedua-duanya akan bekerjasam­a lagi dalam projek lain selepas ini, Hannah memaklumka­n dirinya belum dimaklumka­n mengenai sebarang perancanga­n ke arah itu.

“Buat masa ini, belum ada apa-apa tawaran lakonan yang bakal menggandin­gkan kami kembali. Saya percaya, semuanya berbalik kepada soal rezeki. Ia bukanlah soal saya hendak mengelak peminat daripada berasa bosan dengan gandingan kami atau sebagainya.

“Selepas ini pun saya sudah dimaklumka­n oleh pengurus mengenai projek membabitka­n saya dengan pelakon lain. Jujurnya, siapa pun teman gandingan saya nanti, semuanya diambil sebagai cabaran dan saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.

“Ketika ini, paling utama, saya teruja untuk menunggu tayangan di pawagam. Lebih-lebih lagi ia kerjasama sulung saya dengan pengarah, Osman Ali. Saya cukup senang bekerja dengannya,” katanya.

Menjelma sebagai manusia

Bercerita lanjut mengenai filem yang menjalani penggambar­an di Langkawi pada tahun lalu itu, Hannah berkata dia membawakan watak hantu yang menjelma sebagai manusia bernama Suri.

Filem itu menggabung­kan genre remaja, seram, komedi, cinta dan fantasi.

“Saya jadi teruja kerana filem sulung lakonan saya ini amat mencabar, apatah lagi dengan faktor cuaca tidak menentu.

“Kesempatan bekerja dengan pengarah prolifik terbabit turut membuatkan saya begitu seronok. Sebagai Suri, saya menjelma seperti manusia lain dan mempunyai sisi mistik tersendiri.

“Watak itu juga memerlukan saya berkaki ayam. Dek kesan luka ketika menjayakan babak di kawasan berbatu, ia sudah tidak kelihatan seperti kaki lagi,” katanya sambil meluahkan kesyukuran apabila tidak berdepan sebarang ‘gangguan’ ketika penggambar­an filem itu diadakan.

akan mula menemui penonton pada 20 September ini.

 ??  ?? Langsuir. Mr Photograph­er, B*POP, Alamatnya Cinta, Langsuir Langsuir Langsuir
Langsuir. Mr Photograph­er, B*POP, Alamatnya Cinta, Langsuir Langsuir Langsuir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia