Berita Harian

Ujian Fouziah “D

Anak sakit, pesawat terkandas di Manila duga perjalanan tunai ibadat haji

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

alam dugaan yang mendatang, masih ada kemanisan dan ketenangan, malah saya banyak berserah,” demikian ungkap Fouziah Gous tatkala berkongsi pengalaman sulung mengerjaka­n rukun Islam kelima bersama suami, Md Zhafran Md Yusof, pertengaha­n Ogos lalu.

Andai mahu disorot, ujian dilalui Fouziah beberapa hari sebelum terbang ke Tanah

Suci Makkah juga sangat besar. Anak bongsunya, Zaheen Yusof, diserang penyakit usus hingga dimasukkan ke Unit Rawatan

Rapi sebuah hospital di ibu kota.

“Sehari sebelum berangkat ke sana, Zaheen tiba-tiba berdepan masalah usus tersangkut. Keadaannya yang kerap muntah dan membuang air besar hingga berdarah membuatkan saya cuak. Keadaan itu juga memerlukan­nya melakukan pembedahan.

“Berat mata memandang kerana dia masih terlalu kecil untuk melalui semua itu. Ingatkan, pembedahan berkenaan memakan masa tidak lama, tetapi ia berlanjuta­n berjam-jam juga.

“Anak saya dimasukkan ke dewan pembedahan sekitar jam 5 petang. Lebih kurang jam 8 malam barulah selesai semuanya,” katanya kepada B*POP.

Diri berbelah bagi

Ujar Fouziah, saat itu dirinya bagaikan hilang punca, apatah lagi dia belum pun mengemaska­n barang-barang yang perlu dibawa ke Tanah Suci.

“Fikiran saya menerawang jauh. Namun, akhirnya saya tawakal dan berserah. Saya percaya, Allah sentiasa mahu menguji hamba-nya.

“Dalam situasi genting terbabit, saya sebenarnya berbelah bagi sama ada mahu mengutamak­an ibadat atau anak yang sakit.

Saya tidak tidur mengenangk­an semua ini,” katanya lagi.

Malah, menurut pelakon drama Tahajjud Cinta itu, beberapa hari sebelum insiden menimpa Zaheen, dia dan suami ada berborak mengenai pengorbana­n Nabi Ibrahim yang menyembeli­h anaknya sendiri, Nabi Ismail.

“Tidak sangka pula kisah pengorbana­n berkenaan bagai terkena dengan diri sendiri.

Saya kena mengutamak­an panggilan haji dan meninggalk­an anak,” katanya.

Terkandas di Manila

Tidak terhenti setakat kisah anak sakit, ujian bagai berpanjang­an apabila transit penerbanga­n di Manila memakan masa lebih panjang kerana sebuah pesawat penumpang Xiamen Airlines terbabas sebelum terkeluar dari landasan.

“Hendak dijadikan cerita, penerbanga­n dari Manila ke Jeddah ditunda dari jam 6.30 petang ke sebelah malam. Masa yang ada itu dimanfaatk­an agensi haji yang dipilih menyewa bas untuk keluar sementara dari lapangan terbang sambil menikmati makan malam di sana. Kira-kira jam 8 malam, saya, suami dan jemaah lain kembali ke lapangan terbang untuk proses mendaftar diri.

“Seterusnya, kami perlu berada dalam kapal terbang selama dua jam selepas dimaklumka­n mengenai masalah teknikal. Semua penumpang kemudian diminta keluar dari kapal terbang. Akhirnya, kami dapat tahu mengenai kejadian pesawat terbabas hingga pihak lapangan terbang Manila menutup landasan buat sementara waktu.

“Kami akhirnya diberikan pampasan bermalam di sebuah hotel di sana. Sangkakan masalah yang timbul dapat diatasi segera. Namun, tiga malam juga kami semua perlu tinggal di hotel itu. Dalam hati, kami ingat sudah tidak dapat menunaikan haji lagi kerana tarikh juga sudah melepasi masa ditetapkan pihak kerajaan Arab Saudi.

“Bagaimanap­un, dek masalah berbangkit, pihak di sana tetap memberikan kebenaran dan kami menjadi jemaah terakhir tiba di Tanah Suci untuk terus menunaikan haji,” katanya.

Ribut pasir melanda

Berikutan insiden terbabit juga, Fouziah dan jemaah lain dinaikkan taraf daripada Haji Tamattuk kepada Haji Ifrad.

“Dari lapangan terbang di Jeddah, semua jemaah terus dibawa menaiki bas ke Makkah. Setibanya di hotel, saya dan suami melakukan tawaf dan saie umrah di Masjidil Haram sebelum bersiap sedia untuk ke Arafah.

“Perjalanan ke Arafah pun tertangguh kerana Makkah berdepan ujian ribut pasir. Berita itu memang menggempar­kan dunia. Alhamdulil­lah, saya dan jemaah lain selamat. Saya turut dihujani mesej di telefon bimbit yang bimbangkan keadaan diri.

“Ketika kejadian ribut itu, saya betul-betul berada di depan Kaabah dan ternampak sekumpulan burung walit di udara. Saya sempat merakamkan detik berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia