Berita Harian

Dua selebriti buat onar dalam bilik hotel

- Bersama Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

rajamawar@bh.com.my

Dari konti Era FM, pelawak yang kini bergelar penyampai radio, Shahrol, melangkah ke Suria FM, Best FM dan kemudianny­a kembali semula ke Suria FM. Banyak kali betul anggota Kumpulan Shiro itu melompat-lompat dalam masa setahun dua ini.

Tiada salah pun... Bukannya Shahrol melanggar kontrak atau hilang tanpa dikesan. Setahu Raja, dulu Shahrol berganding­an dengan Adi Fashla dan Tauke mengendali­kan segmen

Sate di Era FM pada 2015.

Kemudian, Shahrol menyertai Suria FM selama tiga bulan. Ada yang mendakwa Shahrol mempunyai masalah disiplin berikutan kemunculan­nya hanya seketika. Namun, Pengurus Kanan Program Suria FM, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin menafikann­ya.

Shahrol memilih tidak mahu menyambung kontrak kerana menerima tawaran

Best FM di Johor Bahru.

Mungkin memikirkan dirinya berjauhan dengan isteri dan anak yang tinggal di Johor, Shahrol memilih pulang ke kampung halaman, tahun lalu.

Bagaimanap­un, ia tidak lama apabila hanya enam bulan dia bertugas di situ. Khabarnya, Shahrol kini kembali ke Suria FM dengan kontrak selama setahun.

Shahrol berganding­an dengan Issey Fazlisham dan

Fizi Ali mengendali­kan Team Pagi Suria, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Raja dengar, penghijrah­an semula Shahrol ke Kuala

Lumpur bukan hanya untuk memberikan fokus terhadap dunia penyiaran radio, malah Kalau sebut nama dua selebriti ini, satu Malaysia mengenali mereka. Bukan hanya kerap dibelenggu kontrovers­i, malah mereka juga dilihat tidak malu untuk buat benda bukan-bukan.

Tidak tahulah apa nak jadi dengan dua selebriti ini? Nak kata berlakon, sudah lama tidak muncul di kaca TV, menyanyi pun sekadar syok sendiri.

Khabarnya, dua selebriti ini menyewa bilik di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Tidak kisahlah mereka nak buat apapun dalam bilik. Namun, apa yang menyakitka­n hati, mereka dikatakan mengganggu pekerja hotel. Sekejap-sekejap membuat panggilan mengadu kononnya ada kerosakan di sana-sini.

Apabila pekerja datang memeriksa, tiada apapun yang rosak. Tidak puas hati, mereka memuat naik video dalam laman sosial memalukan hotel.

Kalau dilihat pada gaya mereka, seperti orang mabuk dan ‘ting tong’. Bilik mereka pula tunggangla­nggang mengalahka­n reban ayam, punyalah bersepah.

Nasib baiklah pekerja hotel itu menahan sabar. Kalau ikutkan, mereka boleh saja menghalaun­ya, tetapi mengenangk­an dua selebriti itu suka melakukan kekecohan, mereka hanya mendiamkan diri.

Entahlah apa nasib dua selebriti terbabit. Sikap mereka sejak akhirakhir ini makin menjadi-jadi. Jangan sampai kena tangkap sudah...

 ??  ?? RAJA: Elfira Loy diserang seorang gadis kerana adik lelakinya tidak bayar hutang. Alahai, buat apalah mahu malukan Elfira dalam laman sosial, bukan dia yang berhutang. Fikirlah sikit... RAJA: Tidakfaham­kenapa
Hairul Azreen dan Ammar Alfian mereka cerita hampir diculik ketika penggambar­an sebuah filem. Soal keselamata­n negara pun dikatakan mahu dibuat gimik. Sampai hari ini kenapa tidak jawab, betul ke bohong?
RAJA: Elfira Loy diserang seorang gadis kerana adik lelakinya tidak bayar hutang. Alahai, buat apalah mahu malukan Elfira dalam laman sosial, bukan dia yang berhutang. Fikirlah sikit... RAJA: Tidakfaham­kenapa Hairul Azreen dan Ammar Alfian mereka cerita hampir diculik ketika penggambar­an sebuah filem. Soal keselamata­n negara pun dikatakan mahu dibuat gimik. Sampai hari ini kenapa tidak jawab, betul ke bohong?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia