Berita Harian

Petrosains anjur Festival Sains terbesar

-

Petrosains Sdn Bhd julung kali menganjurk­an Festival Sains terbesar di negara ini dengan 54 rakan kerjasama tempatan dan antarabang­sa mengambil bahagian.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, berkata acara tahunan itu masuk kali ke-5 dianjurkan dan tahun ini adalah yang terbesar.

Katanya, Festival Sains itu juga adalah yang pertama kali dianjurkan di lokasi lain di seluruh Malaysia iaitu di Petrosains Plays- mart Kuantan dan Petrosains Playsmart Johor.

“Festival Sains Petrosains 2018 ini bermula hari ini (semalam) hingga 16 September di Kuala Lumpur City Centre.

“Kami berharap dengan membawa teknologi seperti humanoid dan robot, kami dapat membantu pengunjung berfikir dan bertanya mengenai masa depan dan sama ada mesin akan mengambil alih peranan manusia dalam kehidupan kita.

Pamer ciptaan terkini

“Kami juga berharap dapat mempamerka­n beberapa ciptaan dan penemuan terkini pada masa ini dan dalam masa terdekat,” katanya pada majlis pelancaran Festival Sains di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir merasmikan­nya ialah Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh.

Festival edisi kelima pada tahun ini, menyediaka­n platform bersepadu apabila sektor awam dan swasta, penggiat utama industri dan ahli akademik bekerjasam­a untuk memberi inspirasi dan memupuk penghargaa­n terhadap sains dalam masyarakat.

Festival itu turut menampilka­n program lain seperti ceramah, pameran dan aktiviti berteraska­n teknologi mengenai topik penjagaan kesihatan, pendidikan, komunikasi dan masa depan alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.sciencefes­tival.my.

Festival Sains Petrosains 2018 ini bermula hari ini (semalam) hingga 16 September di Kuala Lumpur City Centre” Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains

 ?? [ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA ] ?? Ahmad Nizam (empat dari kiri) bersama Tengku Nasariah (lima dari kanan) pada majlis pelancaran Festival Sains di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA ] Ahmad Nizam (empat dari kiri) bersama Tengku Nasariah (lima dari kanan) pada majlis pelancaran Festival Sains di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia