Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak kembali meningkat, pulih daripada kerugianny­a dalam sesi terdahulu apabila harga susut dalam kebanyakan hari dagangan bulan ini.

Ia berikutan kebimbanga­n mengenai bekalan yang mengatasi kebimbanga­n mengenai krisis pasaran baru muncul dan pertikaian dagangan.

Minyak mentah Brent naik tiga sen kepada AS$78.21 satu tong selepas susut dua peratus pada Khamis.

Penanda aras global itu meningkat pada Rabu ke paras tertinggin­ya sejak 22 Mei iaitu AS$80.13.

Niaga hadapan AS West Texas Intermedia­te (WTI) meningkat 18 sen, atau 0.2 peratus kepada 68.76 satu tong selepas susut 2.5 peratus pada Khamis.

Brent juga dalam landasan untuk kenaikan sebanyak 1.8 peratus minggu ini manakala WTI dilihat bakal mencatat 1.5 peratus peningkata­n.

“Harga kekal mendapat sokongan berikutan pasaran terus bimbang mengenai isu bekalan yang berterusan,” kata ANZ Research dalam satu nota penyelidik­annya.

Agensi Tenaga Antarabang­sa pada Khamis memberi amaran bahawa walaupun pasaran minyak mentah didagangka­n dalam julat yang kecil pada masa ini dan permintaan minyak dunia boleh mencecah 100 juta tong sehari dalam tempoh tiga bulan berikutnya, risiko ekonomi global tetap meningkat.

“Semakin kita menghampir­i 2019, risiko yang mungkin ada dalam unjuran kami berkisar kepada ekonomi baru muncul utama, sebahagian besarnya disebabkan susut nilai mata wang berbanding dolar AS,” kata agensi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia