Berita Harian

FBM KLCI melonjak 11.16 mata

Kebimbanga­n pertikaian perdaganga­n As-china pulih sentimen pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup 0.62 peratus lebih tinggi dengan pasaran lebih luas mencatatka­n peningkata­n berikutan sentimen pasaran global dan domestik yang lebih baik susulan kebimbanga­n mengenai pertikaian perdaganga­n As-china yang berkuranga­n.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.16 mata kepada 1,803.76 daripada 1,792.6 semasa ditutup kelmarin.

Selepas dibuka rendah 2.04 mata kepada 1,790.56 hari ini, indeks bergerak antara 1,789.60 dan 1,804.89 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 589 berbanding 302, dengan 383 kaunter tidak berubah, 613 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 2.68 bilion unit bernilai RM2.48 bilion daripada 2.37 bilion unit bernilai RM2.57 bilion pada Khamis.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa berikutan cuti umum.

Ia ditutup semula pada 17 September sempena Hari Malaysia.

Presiden Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia Nik Ihsan Raja Abdullah, berkata kebimbanga­n mengenai perdaganga­n global semakin berkuranga­n dan sentimen pasaran yang positif jelas memacu pasaran.

“Perkembang­an terkini mengenai perdaganga­n As-china mendorong sentimen domestik dan kita dapat melihat pemulihan dalam pasaran lebih luas dan saham berharga rendah.

“Ini susulan penurunan mendadak dalam pasaran di peringkat global susulan kebimbanga­n mengenai tarif tambahan yang dikenakan oleh pentadbira­n Trump,” katanya kepada Bernama.

Dilaporkan Amerika Syarikat telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan China mengenai perdaganga­n, memberi isyarat positif kepada pasaran.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Pbbank, masing-masing menambah dua sen kepada RM9.90 dan RM24.94, Pchem naik tiga sen kepada RM9.46, CIMB meningkat 14 sen kepada RM6.23 dan Tenaga tidak berubah pada RM15.80.

Dalam kalangan saham aktif, SAPNRG naik satu sen kepada RM45.5 sen, MYEG menokok tujuh sen kepada RM1.64, QES dan Hibiscus, masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 30 sen dan 99 sen, manakala Pworth dan Velesto, masing-masing menambah satu sen kepada lima sen dan 27.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 86.13 mata kepada 12,565.0, Indeks FBMT 100 naik 81.76 mata kepada 12,386.98, FBM 70 menambah 117.32 mata kepada 14,844.57, Indeks FBM Ace menokok 78.17 mata kepada 5,177.24 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 101.31 mata kepada 12,666.80.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 113.43 mata kepada 17,923.44, Indeks Perladanga­n menambah 62.31 mata kepada 7,551.86, manakala Indeks Perusahaan naik 3.53 mata kepada 3,204.36.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.78 bilion saham bernilai RM2.28 bilion daripada 1.57 bilion saham bernilai RM2.39 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 478.95 juta unit bernilai RM121.50 juta daripada 494.05 juta unit bernilai RM122.28 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 423.34 juta saham bernilai RM86.15 juta daripada 304.74 juta saham bernilai RM56.53 juta pada Khamis.

Barangan pengguna menyumbang 64.18 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (306.97 juta), pembinaan (94.65 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (1.03 bilion), teknologi (101.11 juta), infrastruk­tur (9.60 juta), SPAC (25,000), kewangan (59.62 juta), hotel (337,700), hartanah (93.84 juta), perladanga­n (13.83 juta), perlombong­an (18,500), REIT (6.0 juta), dan dana tertutup (26,200).

Perkembang­an terkini mengenai perdaganga­n As-china mendorong sentimen domestik dan kita dapat melihat pemulihan dalam pasaran lebih luas dan saham berharga rendah. Ini susulan penurunan mendadak dalam pasaran di peringkat global susulan kebimbanga­n mengenai tarif tambahan yang dikenakan oleh pentadbira­n Trump ” Nik Ihsan Raja Abdullah, Presiden Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia