Berita Harian

Dadah RM72.5 juta dirampas

Tiga suspek ditahan dalam serbuan di kawasan kilang PKS

- Oleh Hadzlihady Hassan

Polis merampas pelbagai dadah sintetik bernilai RM72.5 juta dan peralatan digunakan untuk menghasilk­an pil Erimin 5 dalam serbuan kilang memproses dadah berkenaan di kawasan kilang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bukit Tengah, di sini, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata serbuan dilakukan susulan penahanan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita tempatan di Pengkalan Hulu, Perak pada jam 8 malam, Selasa lalu.

Kilang proses Erimin 5

Beliau berkata, semua suspek ditahan dalam sebuah kereta selepas keluar dari negara jiran dan susulan penahanan itu, mereka membawa polis ke sebuah kilang di Bukit Tengah yang digunakan untuk memproses Erimin 5.

“Dalam serbuan itu, kita berjaya merampas 2.13 juta pil Erimin 5, 742.6 kilogram (kg) serbuk dadah Erimin 5, 27.3kg syabu, 5,080 pil ekstasi dan 53.7kg cecair kimia,” katanya pada sidang media di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, di sini, semalam.

Kenal pasti dalang

Mohmad berkata, polis percaya suspek ditahan itu adalah pakar dalam menghasilk­an pil Erimin 5 dan pihaknya kini sudah mengenal pasti dalang yang juga ‘raja dadah’ di negara ini.

“Kita sudah kenal pasti ‘raja dadah’ berkenaan selepas menahan semua suspek dan kini masih memburunya serta beberapa ahli sindiket lain.

“Rampasan dadah terbaru ini paling terbesar sejak penubuhan JSJN pada 1996 dan kita akan sentiasa melakukan operasi bagi membantera­s aktiviti sindiket dadah ini,” katanya.

Beliau berkata, polis juga turut menyita wang dalam akaun bernilai RM426,000, dua kenderaan mewah, wang tunai dan pelbagai barang kemas berjumlah keseluruha­n RM1.1 juta.

“Kita juga turut merampas pelbagai mesin bernilai RM500,000 digunakan sindiket itu untuk memproses Erimin 5 terbabit,” katanya.

Mohmad berkata, kejayaan itu juga susulan kerjasama Police Narcotics Suppresion Bureau Thailand (PNSB) dan National Narcotics Control Commision of China (NNCC).

 ?? [FOTO DANIAL SAAD /BH] ?? Mohmad (tiga dari kiri) menunjukka­n dadah jenis Erimin 5 pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD /BH] Mohmad (tiga dari kiri) menunjukka­n dadah jenis Erimin 5 pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia