Berita Harian

Cubaan seludup arak, rokok di jeti persendiri­an tumpas

-

Sibu: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mematahkan cubaan menyeludup arak dan rokok ke negeri ini bernilai RM17.5 juta susulan rampasan 45 kontena dari Vietnam di sebuah jeti persendiri­an di sini, 5 September lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromania­m Tholasy, berkata serbuan hasil maklumat risikan dan aduan awam itu dapat menyelamat­kan negara daripada kehilangan hasil cukai sebanyak RM14.3 juta.

Katanya, rampasan itu adalah yang terbesar direkodkan di Sarawak sepanjang tahun ini, terutama membabitka­n jumlah rampasan dan nilai cukai.

“Sebuah kapal penunda dan sebuah kapal tongkang yang membawa kontena berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n di tongkang itu mendapati 44 kontena mengandung­i arak, manakala sebuah lagi kontena (mengandung­i) 21,250 karton rokok putih yang cuba diseludup masuk ke Sarawak,” katanya di sini, semalam.

Selain 45 kontena itu, turut dirampas 400 kotak arak seludup di sebuah gudang persendiri­an tidak jauh dari jeti berkenaan. Nilai cukai bagi arak yang dirampas itu mencecah RM346,946.

7 warga Indonesia ditahan

“Kita turut menahan tujuh suspek warga Indonesia yang juga kru kapal berkenaan untuk membantu siasatan, selain seorang lelaki warga tempatan berhubung kes penemuan arak seludup di gudang persendiri­an itu,” katanya.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati barangan itu dibawa masuk melalui Ho Chi Minh, Vietnam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang larangan tanpa permit import sah dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang larangan dan belum lulus pemeriksaa­n kastam,” katanya.

Sementara itu, Subromania­m berkata, kewujudan banyak jeti persendiri­an, khususnya di lokasi terpencil di Sarawak, dikenal pasti antara punca peningkata­n kes penyeludup­an arak dan rokok di negeri ini.

Katanya, taktik itu digunakan bagi mengaburi kegiatan haram berkenaan yang dipercayai didalangi sindiket terancang yang semakin berani melakukan penyeludup­an dalam skala besar berikutan permintaan tinggi terutama menjelang musim perayaan.

Beliau berkata, Kastam menyedari trend penyeludup­an menggunaka­n jeti persendiri­an malah sudah mengambil langkah sewajarnya bagi meningkatk­an operasi pemantauan, pencegahan serta penguatkua­saan.

 ?? [FOTO HARUN YAHYA /BH] ?? Subromania­m menunjukka­n barang seludup yang dirampas dalam serbuan di jeti persendiri­an dekat Jalan Salim-stabau, Sibu.
[FOTO HARUN YAHYA /BH] Subromania­m menunjukka­n barang seludup yang dirampas dalam serbuan di jeti persendiri­an dekat Jalan Salim-stabau, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia