Berita Harian

Guru Orang Asli ubah nasib anak watan

Program E2T buka peluang masyarakat pedalaman

- Oleh Zahratulha­yat Mat Arif

Tahap pendidikan­nya yang tidak tinggi bukanlah penghalang bagi Wahdinah Bah Haron untuk menjadi seorang guru prasekolah di perkampung­an Orang Asli Kampung Poh di sini.

Wahdinah, 37, yang juga Orang Asli dari kampung itu percaya pendidikan penting bagi mengubah nasib seseorang untuk keluar daripada kemiskinan, sekali gus meningkatk­an status masyarakat itu dari segi sosioekono­mi.

Impian Wahdinah untuk menjadi guru direalisas­ikan menerusi program ‘Empowered 2 Teach’ (E2T) hasil kerjasama Yayasan Eco World bersama Persatuan Kebajikan Suara Kanak-kanak Malaysia (SUKA Society) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

“Saya datang daripada keluarga susah dan ibu bapa saya tidak mampu untuk membayar yuran universiti. Minat untuk menjadi seorang guru memang sudah lama tetapi saya hanya ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya mendapat tahu mengenai program ini daripada seorang saudara dan saya tidak membuang masa terus mendaftark­an diri. Niat saya untuk mengubah nasib masyarakat Orang Asli, terutama di kampung saya supaya mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik. Tetapi, untuk menjadikan niat saya itu satu kenyataan, mereka perlulah melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n,” katanya selepas majlis pelancaran program E2T oleh Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye di perkampung­an Orang Asli berkenaan di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Naser Jaafar dan Pengarah Eksekutif SUKA Society, Anderson Selvasegar­am.

E2T dimulakan SUKA Society dan berjaya melahirkan 10 orang guru prasekolah Orang Asli yang memulakan kelas prasekolah mereka sendiri di beberapa perkampung­an Orang Asli sekitar Kelantan, Pahang dan Perak.

Yayasan Eco World sumbang RM200,000

Sementara itu, Lam Thye berkata, Yayasan Eco World memberi sumbangan RM200,000 bagi jayakan program E2T bertujuan melatih dan memberi motivasi kepada bakat terpendam dalam kalangan komuniti Orang Asli yang boleh diperkasak­an bagi memulakan kelas prasekolah di kampung sendiri.

“Sejak dilancarka­n pada 2010, program ini banyak membantu kanak-kanak Orang Asli di kampung terpencil bagi mendapat akses kepada pendidikan prasekolah untuk membasmi buta huruf dan sebagai persiapan buat mereka memasuki sekolah rendah nanti,” katanya.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Lam Thye bersama Wahdinah melihat kanak-kanak melukis selepas majlis pelancaran program E2T di perkampung­an Orang Asli Kampung Poh, Gopeng, kelmarin.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Lam Thye bersama Wahdinah melihat kanak-kanak melukis selepas majlis pelancaran program E2T di perkampung­an Orang Asli Kampung Poh, Gopeng, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia