Berita Harian

Badan gemuk menyeksaka­n “M

Faktor genetik bukan alasan Joe, menyasarka­n turun berat badan

- Oleh Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my

emiliki berat badan berlebihan hingga di kategori sebagai kategori obesiti adalah sesuatu yang menyeksaka­n. Kegemukan menyebabka­n saya malas, memberi pelbagai alasan setiap kali diajak melakukan riadah.

“Keadaan fizikal yang hodoh juga menyebabka­n hilang keyakinan, berasakan diri tidak berguna dan beranggapa­n disisih masyarakat. Lebih menyedihka­n setiap kali menaiki pengangkut­an awam, penumpang lain memandang jelek, seolah-olah saya begitu jijik pada pandangan mereka,“kata Joe Chai, 38.

Anak sulung daripada lima beradik, empat lelaki yang semuanya berbadan besar berkata, semangat untuk terus hidup dalam keadaan sihat dimulakan selepas ibunya diserang penyakit angin ahmar baru-baru ini.

Suntik semangat kepada keluarga

Keadaan ibunya langsung tidak boleh bergerak, memberi motivasi kepadanya untuk memulakan hidup baharu dengan lebih aktif.

“Menjadi tanggungja­wab saya sebagai anak sulung memulakan aktiviti kecergasan setiap hari, supaya menjadi motivasi dan ikutan kepada adik-beradik yang lain

“Kami empat beradik lelaki mengikut genetik emak, manakala adik perempuan kurus mengikut bapa,“katanya ketika ditemui pada program larian Fat Boys Run 2018 di Taman Botani, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berhadapan masalah ini, Joe berkata, beliau tidak menyalahka­n genetik semata-mata kerana amalan hidup sihat mampu mengubah bentuk badan jadi lebih cergas.

Bangun awal, sertai larian

Melihat kesungguha­nnya bangun awal daripada biasa untuk menyertai larian, cukup membuktika­n beliau mempunyai azam yang kuat mengubah cara hidup yang lebih sempurna.

Beliau yang bertugas sebagai kakitangan khidmat pelanggan di sebuah syarikat telekomuni­kasi, kelihatan duduk berseorang­an sejam selepas menghabisk­an cabaran larian sejauh lima kilometer (km). Dari riak air mukanya, kelihatan sayu dan sedih sambil merenung jauh, sesekali menarik nafas melepaskan lelah.

Katanya, beliau sedih dengan keadaan dirinya dan keluarga, tidak seperti orang lain dapat hidup lebih sihat dan bernasib baik.

Anak jati Ipoh, Perak yang fasih bertutur dialek negeri kelahirann­ya, berkata beliau kini nekad mengubah gaya hidup dan diharap memberi motivasi kepada adik yang lain untuk mengamalka­n gaya hidup sihat.

Kawal pengambila­n kalori diet harian

“Usaha ini bagi mengelakka­n kami diserang pelbagai penyakit terutama gangguan kesihatan berkaitan kardiovask­ular.

“Selain mahu terus mendisipli­n diri melakukan senaman dari semasa ke semasa, saya juga perlu sentiasa berhati-hati dengan mengawal pengambila­n kalori dalam setiap hidangan harian,“katanya.

Penganjura­n program larian seperti ini kata Joe, memberi peluang individu sepertinya menyertai program yang sesuai dengan keperluan. Tambah pula, semua peserta dalam kalangan mereka yang berhadapan masalah sama.

“Program sedemikian membolehka­n saya bertukar pengalaman dengan peserta lain yang berhasrat menurunkan berat badan masing-masing,“katanya yang menyasarka­n berat bawah 100 kg sehingga hujung tahun ini, berbanding 156 kg kini.

Keadaan fizikal yang hodoh juga menyebabka­n hilang keyakinan, merasakan diri tidak berguna dan beranggapa­n disisih masyarakat ” Joe Chai

 ??  ??
 ??  ?? Joe (duduk kanan) bersama ahli keluarga termasuk ibu dan ayahnya yang diambil tiga tahun lalu.
Joe (duduk kanan) bersama ahli keluarga termasuk ibu dan ayahnya yang diambil tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia