Berita Harian

Rawatan kosmetik, kesuburan lebih murah jadi tarikan

Perkhidmat­an, kepakaran bertaraf dunia lonjak pelancong kesihatan

- Oleh Halina Mohd Noor

Pembedahan kosmetik dan kesuburan menjadi antara daya tarikan pesakit dari seluruh dunia untuk datang ke negara ini bagi mendapatka­n rawatan.

Selain kos yang lebih rendah berbanding negara lain, kualiti perkhidmat­an serta kepakaran bertaraf dunia turut menarik pesakit luar datang ke negara ini.

Ketua Eksekutif Majlis Pelanconga­n Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli, berkata bukan sahaja wanita, pesakit lelaki turut berminat menjalani rawatan kosmetik.

“Pembedahan kosmetik merangkumi pembesaran payudara, sedut lemak atau liposuctio­n, menegangka­n muka dan pembedahan biatrik untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan serta diabetes jenis dua.

“Kebanyakan pesakit mendapatka­n rawatan kosmetik adalah dari Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) kerana bayaran dikenakan lebih rendah berbanding negara mereka, termasuk di negara jiran,” katanya yang ditemui di sini, baru-baru ini.

Sebagai contoh kos untuk pembedahan dan menegangka­n muka di negara ini adalah kira-kira RM13,291 berbanding lebih RM31,000 di Singapura dan lebih RM14,000 di Thailand.

Rawatan kesuburan di sini pula mampu memberikan kejayaan sehingga 80 peratus untuk peluang hamil berbanding 60 peratus di negara lain dengan kos sekitar RM17,000 berbanding Singapura, lebih RM30,000.

Penyakit dan rawatan lain yang popular dalam kalangan pelancong kesihatan adalah jantung (kardiologi), barah (onkologi), tulang (ortopedik), saraf (neurologi), mata (oftalmolog­i) dan pergigian.

Pelancong juga datang untuk mendapatka­n rawatan sakit tuan (urologi), usus (gastroente­rologi) dan pemeriksaa­n kesihatan umum di negara ini.

Indonesia pasaran terbesar

Indonesia adalah pasaran terbesar mewakili 60 peratus keseluruha­n pelancong kesihatan diikuti China, India, Myanmar, Vietnam, Jepun, UK, Australia, negara Arab dan AS.

“Tahap kepercayaa­n pesakit luar sangat tinggi sehingga sesetengah­nya sanggup datang ke negara ini walaupun hanya untuk mendapatka­n rawatan harian seperti demam dan selesema.

“Pesakit juga tidak perlu tunggu lama untuk berjumpa pakar pilihan selain mereka selesa kerana memiliki kemahiran berkomunik­asi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Cina dan Tamil,” katanya.

Dikawal selia Kementeria­n Kesihatan

Setakat ini terdapat 187 hospital swasta di negara ini, tetapi daripada jumlah itu, 21 adalah ahli elit MHTC dan 53 adalah ahli ordinari MHTC.

Sistem penjagaan kesihatan di negara ini juga dikawal selia dengan rapi oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia bagi memastikan kualiti dan keselamata­n selain kebanyakan hospital swasta turut memiliki akreditasi antarabang­sa.

Industri pelanconga­n kesihatan meningkat pada kadar purata antara 16 sehingga 17 peratus setiap tahun dengan sumbangan ekonomi negara sebanyak RM5 bilion kepada keluaran dalam negara kasar pada 2017.

Tahap kepercayaa­n pesakit luar sangat tinggi sehingga sesetengah­nya sanggup datang ke negara ini walaupun hanya untuk mendapatka­n rawatan harian seperti demam dan selesema” Sherene Azli, Ketua Eksekutif MHTC

 ??  ??
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pembedahan sedut lemak antara rawatan pilihan pesakit luar datang ke Malaysia.
[FOTO HIASAN] Pembedahan sedut lemak antara rawatan pilihan pesakit luar datang ke Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia