Berita Harian

Seoul, Pyongyang buka lembaran baharu

Pejabat perhubunga­n memudahkan persefaham­an merentasi sempadan

-

Satu babak baharu bermula, semalam selepas dua negara jiran yang bertelagah - Korea Utara dan Korea Selatan membuka pejabat perhubunga­n bersama di bandar utara di sini, semalam.

Ia sekadar menjelmaka­n satu senario betapa perhubunga­n mereka semakin baik menjelang kunjungan Presiden Moon Jae-in ke Pyongyang, minggu depan.

“Satu era baharu sejarah dibuka hari ini (semalam) di sini. Pejabat perhubunga­n ini adalah satu lagi simbol perdamaian diwujudkan secara bersama oleh Korea Selatan dan Utara,” kata Menteri Penyatuan Korea Selatan, Cho Myoung-gyon dalam satu upacara, menurut satu laporan.

Bangunan itu, termasuk pejabat berasingan untuk Korea Utara dan Selatan serta bilik persidanga­n bersama, bertujuan memudahkan perhubunga­n merentasi sempadan susulan Sidang Kemuncak Panmunjom antara Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, kata kementeria­n berkenaan.

Laksana gencatan senjata

Seoul dan Pyongyang berhasrat meneruskan projek bersama dalam pelbagai bidang sejak pertemuan April lalu di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang membahagik­an dua semenanjun­g itu, walaupun ketika usaha Amerika Syarikat (AS) memastikan Korea Utara mematuhi gencatan senjata terhenti.

Jae-in dijangka mengunjung­i Pyongyang, Selasa ini untuk lawatan tiga hari, pertemuan ketiga dengan Jong-un selepas beliau memulakan hubungan diplomatik di semenanjun­g dan membantu pertemuan antara Jong-un dan Presiden Donald Trump di Singapura, Jun lalu.

Semalam, Jae-in berkata Korea Utara bersedia ‘melaksanak­an gencatan senjata’ sementara AS sanggup ‘menamatkan hubungan permusuhan’ serta menyediaka­n jaminan keselamata­n namun wujud sekatan oleh kerana kedua-dua pihak menuntut satu sama lain bertindak terlebih dulu.

 ?? [ FOTO AFP] ?? Cho Myoung-gyon (kiri) dan rakan sejawatan dari Korea Utara, Ri Son Gwon menghadiri upacara pembukaan di pejabat baharu di Kaesong, Korea Utara, semalam.
[ FOTO AFP] Cho Myoung-gyon (kiri) dan rakan sejawatan dari Korea Utara, Ri Son Gwon menghadiri upacara pembukaan di pejabat baharu di Kaesong, Korea Utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia