Berita Harian

Jeff Bezos, isteri sumbang RM8.28 bilion

Hajat bantu keluarga gelandanga­n, prasekolah komuniti miskin

- ̌ Washington

Pengasas syarikat perdaganga­n elektronik, Amazon, Jeff Bezos, mengumumka­n beliau mewujudkan dana kebajikan membantu keluarga gelandanga­n dan menubuhkan prasekolah untuk komuniti berpendapa­tan rendah.

Orang paling terkaya dunia itu difahamkan menghulur sumbangan awal sebanyak AS$2 bilion (RM8.28 bilion) untuk tujuan itu.

Bezos membuat pengumuman itu menerusi Twitter setahun selepas meminta idea cara beliau boleh membelanja­kan kekayaanny­a yang kini dianggarka­n bernilai lebih AS$160 bilion (RM662 bilion), untuk tujuan kebajikan.

‘Bezos Day One Fund’ yang diwujudkan Bezos dan isterinya, Mackenzie, memberi tumpuan kepada dua bidang membantu pertubuhan tidak berasaskan keuntungan sedia ada yang menolong keluarga gelandanga­n dan membiayai ‘rangkaian prasekolah baru untuk komuniti berpendapa­tan rendah.

Benda kecil jadi besar

Kemudian, Bezos memberitah­u perhimpuna­n di Washington, AS$2 bilion cuma permulaan dan akan meluaskan usahanya itu.

“Saya melihat benda kecil men jadi besar dan ia sebahagian mentaliti ‘satu hari’ ini.

“Yayasan Satu Hari akan menjadi seperti itu,” katanya kepada majlis makan malam Kelab Ekonomi Washington.

Bagi gelandanga­n, geran akan diberikan kepada pertubuhan yang melakukan kerja menyediaka­n perlindung­an dan makanan bagi menangani keperluan keluarga muda, katanya.

Dana itu juga mahu melancarka­n dan mengendali­kan rangkaian prasekolah berkualiti tinggi, biasiswa penuh dan berinspira­sikan Montessori di kawasan berpendapa­tan rendah.

Bezos berkata, pendidikan awal kanakkanak amat penting dan wang yang diperuntuk­kan untuk tujuan itu akan memberikan dividen lumayan selama berdekad. AFP

 ??  ?? Bezos dan isteri, Mackenzie berkata bantuan ini cuma satu permulaan.
Bezos dan isteri, Mackenzie berkata bantuan ini cuma satu permulaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia