Berita Harian

Hamilton dapat tenaga baharu

Vettel pula anggap diri sendiri sebagai musuh capai kejayaan tahun ini

-

Pelumba Formula Satu (F1) Mercedes, Lewis Hamilton menegaskan dia semakin bertenaga selepas menikmati cuti di seluruh dunia tatkala pencabarny­a sibuk menjalani persediaan menghadapi perlumbaan getir Grand Prix (GP) Singapura, esok.

Pelumba pasukan Mercedes itu menjarakka­n kedudukann­ya selaku pendahulu kejuaraan F1 kepada 30 mata di depan pencabar utamanya dari Ferrari, Sebastian Vettel dengan kemenangan di GP Itali di Litar Monza, dua minggu lalu.

Selepas kemenangan itu, Hamilton menaiki jetnya untuk mengharung­i jadual popular padat membabitka­n pertunjuka­n fesyen di Shanghai, China dan New York, Amerika Syarikat sebelum tiba di Singapura.

Beza 30 mata

Juara dunia empat kali itu menolak betapa kehidupan luar biasanya yang sibuk itu sebagai gangguan, sebaliknya mendakwa ia membantuny­a untuk memenangi perlumbaan.

“Saya memperoleh banyak tenaga daripada pelbagai perkara yang saya lakukan,” kata Hamilton menjelang perlumbaan di Litar Marina Bay.

Dalam pada itu, pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menyifatka­n dirinya sebagai ‘musuh utama’ dalam pemburuan gelaran bersama Lewis Hamilton tahun ini.

Vettel yang ketinggala­n 30 mata di belakang pemandu Mercedes pada Grand Prix (GP) Singapura hujung minggu ini, sudah melakukan beberapa kesilapan pada musim ini sehingga merencatka­n pertarunga­nnya bersama pesaingnya itu.

“Musuh utama adalah diri sendiri. Sekiranya kami mempunyai sesuatu untuk dimainkan, kami memiliki kesemua peluang untuk melakukann­ya mengikut cara tersendiri.”

 ??  ?? Lewis Hamilton ketika sesi latihan di Singapura.
Lewis Hamilton ketika sesi latihan di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia