Berita Harian

Lewandowsk­i intai penampilan ke-200

-

Berlin: Robert Lewandowsk­i bakal meraikan penampilan ke-200 bersama Bayern Munich minggu ini dengan bintang Poland itu dilihat mahu meneruskan ledakan prestasiny­a pada awal musim ini apabila Bayern dijadual melayan kunjungan Bayer Leverkusen, hari ini.

Lewandowsk­i yang sudah meledak 157 goal dalam 199 penampilan dalam karier bersama Bayern setakat ini, melakukan enam jaringan dalam perlawanan kompetitif musim ini dan dianggap sebagai pilihan utama untuk meraih gelaran penjaring terbanyak Bundesliga kali ini.

Seiring dengan Schalke dan RB Leipzig, Leverkusen adalah salah satu pasukan utama yang mengharapk­an kebangkita­n semula selepas berdepan permulaan musim hambar.

Selain itu, pemain yang dipinjamka­n Barcelona, Paco Alcacer dilihat bakal membuat kemunculan pertama bersama Borussia Dortmund apabila kelab berkenaan bakal bertemu Eintracht Frankfurt, awal pagi ini.

Tanpa Pulisic

“Bayern adalah yang terbaik tetapi kami perlu ke sana dan melihat apakah peluang yang kami ada,” kata jurulatih Leverkusen, Heiko Herrlich.

Sementara itu, Alcacer berharap dapat diturunkan buat kali pertamanya bersama Dortmund selepas menyertai pasukan secara pinjaman daripada Barcelona.

Dortmund dalam pada itu berharap bekas pemain Valencia itu dapat menyelesai­kan masalah di bahagian tengah.

“Paco akan bergabung dengan baik bersama rakan pasukannya dan mempunyai skil yang bagus di hadapan gawang,” kata jurulatih Dortmund, Lucien Favre.

Dortmund juga dijadual beraksi tanpa pemain antarabang­sa Amerika Syarikat, Christian Pulisic yang masih bergelut dengan masalah otot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia