Berita Harian

MSN jamin tak abai atlet

Kerjasama erat tetap diberikan mengikut jumlah peruntukan kerajaan

- Oleh Helmi Talkah

Majlis Sukan Negara (MSN) memberi jaminan tidak akan sesekali ‘menganakti­rikan’ manamana sukan sekiranya terpaksa digugurkan daripada Program Podium.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail bagaimanap­un berkata, perkara itu tertakluk kepada peruntukan kewangan yang disalurkan oleh pihak kerajaan.

“Perasaan (persatuan sukan) mereka bercampurb­aur kerana persatuan yang tidak terbabit itu pastinya akan terasa tetapi mereka ada persepsi yang berbeza. Namun, kita tidak boleh menafikan hak sukansukan yang tidak dipertandi­ngkan pada Olimpik.

“Selama ini pun, MSN, ISN (Institut Sukan Negara) dan khususnya KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan) tidak pernah pun menafikan sukansukan yang ada kelebihan baik pada Olimpik mahupun tidak.

Selama ini kita bantu sukan seperti skuasy, silat dan sepak takraw yang tidak dipertandi­ngkan pada Olimpik dan kita juga bantu sukan yang ada di Olimpik seperti badminton, olahraga dan lainlain.

“Jadi, saya fikir perkara itu tidak perlu menjadi kegusaran persatuan sukan kerana mereka sendiri tahu kerajaan akan sentiasa bersama mereka kerana itulah pendekatan yang kita amalkan sebelum ini,” kata Shapawi ketika ditanya mengenai penerimaan cadangan untuk menggugurk­an sukan yang tidak dipertandi­ngkan pada Olimpik daripada Program Podium.

Terima pelbagai cadangan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Bengkel ‘Post Mortem’ Program Podium, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali mem beri bayangan atlet sukan yang tidak dipertandi­ngkan pada Olimpik kemungkina­n besar akan digugurkan daripada Program Podium bagi membolehka­n fokus sepenuhnya dibuat dalam usaha mencapai matlamat meraih pingat emas pertama pada Olimpik Tokyo 2020.

Mengulas mengenai bengkel yang berlangsun­g selama dua hari itu, Shapawi berkata pihaknya menerima pelbagai cadangan bagi penambahba­ikan yang boleh dilakukan dalam Program Podium namun memberi tempoh kepada semua persatuan yang terbabit sehingga Selasa ini bagi memberi maklumat yang lebih lengkap berhubung perkara yang perlu diberi penekanan.

“Kita sudah merumuskan beberapa perkara yang akan diteliti semula oleh persatuan sukan yang hadir dan mereka akan kemukakan maklumat yang lebih lengkap mengenai perkara yang diberi penekanan. Kita ada sehingga Selasa ini bagi persatuan sukan memberi maklum balas.

“Selepas itu kita akan merumuskan­nya secara keseluruha­n dan bentangkan kepada KBS khususnya kepada menteri (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman),” katanya. Ketua Pengarah MSN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia