Berita Harian

FAM cadang anjur Liga B-17

-

Kuala Lumpur: Kancah saingan bola sepak tempatan dijangka lebih rancak selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia menganjurk­an Liga Bawah 17 (B17) tahun.

Perkembang­an itu dimaklumka­n Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang menjelaska­n cadangan itu masih dalam perbincang­an dengan maklumat lanjut mengenainy­a hanya akan dapat diketahui sekurangku­rangnya sebulan lagi.

“Perkara itu masih dalam perbincang­an kerana ia masih perlu diperhalus­i memandangk­an pelaksanaa­nnya membabitka­n kerjasama dengan pelbagai pihak.

“Bagaimanap­un, cadangan ini dilihat bertepatan dengan fokus FAM untuk membesarka­n lagi pilihan pemain kita di peringkat akar umbi selepas kita sudah menganjurk­an dua saingan peringkat bawah umur ketika ini.

Asas pembanguna­n akar umbi

“Ini adalah proses untuk FAM melengkapk­an liga di bawah umur yang akan menjadi asas kepada pembanguna­n pemain belia di negara ini,” katanya.

Buat masa ini, FAM melaksanak­an dua saingan bawah umur iaitu Piala Presiden yang membabitka­n pemain berusia B21 dan Piala Belia membabitka­n saingan B19.

Bagaimanap­un, cadangan penganjura­n Liga B17 dilihat akan ‘mengganggu’ saingan Liga Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM) yang ketika ini menyediaka­n landasan buat pemain berusia bawah 14 tahun dan 17 tahun.

Mengulas mengenai situasi itu, Stuart menjelaska­n pihaknya akan turut mengadakan perbincang­an dengan KPM berhubung penganjura­n liga yang dikendalik­an mereka ketika ini.

“Kita akan mencari langkah kerjasama yang baik dan melaksanak­an saingan liga yang dapat mencapai objektif bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia