Berita Harian

Peng Soon, Liu Ying tak gentar reputasi lawan dari China

-

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chan Peng Soongoh Liu Ying tidak gentar dengan reputasi lawan dari China, Zheng Siweihuang Yaqiong apabila keduadua pasangan membuat perhitunga­n pada aksi separuh akhir Terbuka Jepun, hari ini.

Di atas kertas, Siweiyaqio­ng memiliki reputasi gah apabila hadir di Tokyo sebagai pilihan pertama, selain memegang status juara dunia dan pemenang pingat emas Sukan Asia Jakartapal­embang 2018.

Bagaimanap­un, Peng SoonLiu Ying tetap ada kelebihan apabila menumbangk­an pasangan nombor satu dunia itu ketika saingan Terbuka Indonesia, Julai lalu.

“Sudah pasti ia akan menjadi perlawanan yang sukar untuk kami. SiweiYaqio­ng adalah juara dunia dan juara Sukan Asia, jadi tahap keyakinan mereka pastinya lebih tinggi sekarang.

Tampil lebih garang

“Namun, kami pernah menang ke atas mereka sebelum ini (ketika Terbuka Indonesia), jadi kami harap boleh tampil dengan prestasi terbaik dan menang ke atas mereka sekali lagi,” kata Peng Soon ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, pemenang pingat perak Olimpik Rio

2016 itu mara ke separuh akhir selepas menundukka­n pasangan Indonesia, Praveen Jordanmela­ti Daeva Oktavianti 2119, 2022, 2117, manakala Siweiyaqio­ng menewaskan rakan senegara, Zhang

Nanli Yinhui 2110, 2113 dalam aksi suku akhir.

Kemenangan Peng Soonliu Ying ke atas Praveenmel­ati menyaksika­n mereka berjaya melunaskan dendam susulan kekalahan dalam dua pertemuan sebelum ini di Terbuk Jerman, Mac lalu dan Terbuka India (Januari lalu).

“Jurulatih (Chin Eei Hui dan Paulus Firman) yang duduk di belakang kami banyak membantu. Strategi yang mereka beri nyata berkesan untuk kami dalam perlawanan hari ini,” kata Peng Soon.

Sementara itu, nasib berbeza dialami satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huatshevon Lai Jemie apabila tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada pilihan kedua, Wang YilyuHuang Dongping dari China.

Soon Huatshevon yang juga juara Terbuka Singapura tewas 1721, 621.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia