Berita Harian

Badminton sumbang emas pertama Selangor

-

IPOH: Kontinjen Selangor akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila meraih emas pertama di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak menerusi acara badminton berpasukan wanita, semalam.

Selangor berjaya membuatkan pasukan tuan rumah gigit jari apabila menang 3-1 dalam aksi yang penuh mendebarka­n di Arena Badminton Ipoh.

Perak bagaimanap­un terlebih dahulu mengejutka­n Selangor apabila menang perseorang­an pertama menerusi Lee Ying Ying yang menewaskan H Dharshana 21-4, 21-10.

Namun perseorang­an kedua Selangor yang juga atlet kebangsaan, M Thiinaah menggunaka­n pengalaman yang ada menyamakan kedudukan apabila menundukka­n Eoon Qi Xuan 21-23, 21-16, 21-18.

Selangor mendahului Perak 2-1 apabila pemain perseorang­an ketiganya, K Letshanaa menang mudah ke atas Desiree Siow dan beregu wanita mereka Lee Zhi Qing-ng Wan Win memastikan emas milik Selangor selepas menewaskan Eoon Qi Xuan-valeree Siow 12-21, 21-13, 21-18.

Jangka memang sengit

Bagi jurulatih Selangor dari Indonesia, Danan Jaya, beliau memang sudah menjangkak­an satu pertarunga­n sengit apabila turun bertemu Perak.

Tambahan pula Perak memiliki kelebihan selaku tuan rumah.

“Sebelum pemain turun, saya menasihati pemain untuk terus kekal fokus dan jangan tertekan dengan kehadiran penyokong jika ingin menang dan mereka berjaya merealisas­ikannya,” katanya.

Pingat gangsa dalam acara berpasukan wanita milik bersama Negeri Sembilan dan Kedah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia