Berita Harian

Badang Selangor lebur dua rekod

-

TAPAH: Tuah penampilan kali ketiga dan terakhir pada Sukan Malaysia (SUKMA), atlet angkat berat Selangor, Mohd Yusoff Nandong akhirnya menebus kekecewaan­nya sebelum ini dengan memecahkan dua rekod temasya pada hari pertama sukan itu dipertandi­ngkan semalam.

Bertanding dalam kategori bawah 56 kilogram lelaki, Mohd Yusoff yang berumur 20 tahun berjaya melakar rekod temasya yang baharu pada percubaan kedua dengan melakukan angkatan 116kg bagi acara snatch dan juga merekodkan 137kg bagi clean and jerk pada angkatan ketiga.

Rekod lama acara snatch dan clean and jerk SUKMA sebelum ini milik atlet Kedah, Mohd Shafiq Ismail yang dilakukan lapan tahun lalu di SUKMA Melaka apabila mencatatka­n 115kg dan 136kg

“Dua pingat emas yang saya menangi ini sangat istimewa kerana saya meraihnya dengan memperbaha­rui rekod SUKMA selepas hanya berpuas hati dengan perak pada temasya dua tahun lalu di Sarawak.

Untuk jurulatih

“Kemenangan ini saya tujukan buat jurulatih, Naharuddin Mahayuddin yang banyak memberi sokongan selama ini dan tidak berputus asa membimbing saya,” katanya selepas kemenangan di Dewan Merdeka di sini.

Pingat perak acara

pula menjadi milik atlet Terengganu, Umar Abdul Aziz Mohd Bustaman dengan angkatan 104kg sementara atlet Pahang, Mohamad Taufiq Idham Razali memenangi gangsa (103kg).

Pingat perak acara clean and jerk pula menjadi milik atlet Johor, Mohamad Aniq Kasdan dengan angkatan 130kg manakala gangsa dimenangi Umar Abdul Aziz (129kg).

Hari ini, empat lagi pingat emas akan dipertaruh­kan iaitu acara 53kg wanita, 53kg wanita, 62kg clean

lelaki dan 62kg snatch lelaki.

 ?? [ FOTO MUHAIZAN YAHYA ] ?? Mohd Yusoff berjaya mencipta rekod baharu SUKMA Perak 2018 bagi acara angkat berat kategori 56kg dalam clean and jerk 137kg di Dewan Merdeka, Tapah.
[ FOTO MUHAIZAN YAHYA ] Mohd Yusoff berjaya mencipta rekod baharu SUKMA Perak 2018 bagi acara angkat berat kategori 56kg dalam clean and jerk 137kg di Dewan Merdeka, Tapah.
 ??  ?? (snatch) (clean and jerk). snatch
(snatch) (clean and jerk). snatch

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia