Berita Harian

Melaka, Sabah turut ke suku akhir

-

Ipoh: Sabah dan Melaka menjadi dua pasukan terakhir mara ke suku akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) sekali gus menyertai enam lagi pasukan memburu ‘ibu segala pingat’ temasya itu.

Kedua-dua pasukan itu berada dalam Kumpulan C bersama satu lagi pasukan iaitu Pulau Pinang yang berentap di Padang Sintetik Parit Buntar.

Sabah seri 1-1 dengan Pulau Pinang malam tadi untuk membolehka­n Sabah dan Melaka mara.

Agak menarik dengan apa yang berlaku dalam kumpulan ini kerana ketiga-tiga pasukan mengharung­i cabaran tanpa sebarang kemenangan atau kekalahan.

Perak beraksi malam ini

Masing-masing hanya mengutip dua mata tetapi Sabah dan Melaka muncul juara dan naib juara berdasarka­n kelebihan jaringan.

Pada peringkat suku akhir yang akan diadakan hari ini, Melaka akan menentang juara Kumpulan D, Kedah di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung (MPM) sementara Sabah pula melayan naib juara Kumpulan D iaitu Pahang di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Kedua-dua perlawanan berlangsun­g serentak pada jam 4.15 petang.

Dua lagi perlawanan suku akhir berlangsun­g jam 8.45 malam dengan juara bertahan iaitu Perak akan bertemu naib juara Kumpulan B, Wilayah Persekutua­n di Stadium MPM, manakala Perlis yang muncul naib juara Kumpulan A berhadapan juara Kumpulan B, Terengganu di Stadium TLDM.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Pemain Sabah Ariusdius Jais (kanan) cuba melepasi kawalan pemain pasukan Pulau Pinang, Mohammad Asyraf Rojani. Keputusan 1-1 pada masa penuh.
[ FOTO BERNAMA ] Pemain Sabah Ariusdius Jais (kanan) cuba melepasi kawalan pemain pasukan Pulau Pinang, Mohammad Asyraf Rojani. Keputusan 1-1 pada masa penuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia