Berita Harian

Aisyah tuai emas kedua

-

Taiping: Kayuhan mantap pelumba basikal Terengganu, Nur Aisyah Mohamad Zubir nyata sukar ditandingi apabila merangkul emas kedua pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak kali ini.

Selepas membuktika­n kehebatan mempertaha­nkan emas dalam acara ujian masa buat kali ketiga berturut-turut di SUKMA, Aisyah semalam bijak mengatur strategi untuk menguasai acara lebuh raya wanita apabila meraih emas dengan catatan masa 3 jam 40 saat.

Dalam aksi perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) yang bermula di Arena Square Batu Kurau itu, Aisyah menewaskan wakil Sarawak, Nur Azrenna Ahmad Jumry yang meraih perak (3:00:41s) dan Sharifah Nur Ilyana Syed Zulkifli di kedudukan ketiga (3:00:41s).

“Secara keseluruha­n, saya berpuas hati dengan prestasi saya hari ini kerana berjaya mempertaha­nkan emas yang dimenangi dua tahun lalu. Saya berusaha keras untuk SUKMA dan berlatih sejak setahun setengah yang lalu.

Buru emas kriterium

“Dengan apa yang saya buktikan di SUKMA kali ini, saya harap akan dipilih untuk mewaki negara di Sukan SEA Filipina tahun depan dalam acara ujian masa, jika ia dipertandi­ngkan disana,” katanya yang mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Terengganu kerana banyak membantu perkembang­an kariernya.

Mula terbabit dengan sukan basikal sejak dari sekolah dan bergiat aktif pada usia 16 tahun, Aisyah menegaskan, misinya masih belum selesai.

Jika dua tahun lalu, dia hanya menyumbang­kan lima emas buat kontinjen Terengganu, kali ini Aisyah mahu memburu tujuh emas keseluruha­n apabila turut disenaraik­an dalam acara trek iaitu keirin dan scratch.

Hari ini, Aisyah sekali lagi akan turun bersama Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shairul Hisham, Nurul Najihan Inani Abdul Aziz dan Sharifah Nur Ilyana Syed Zulkifli untuk memburu emas seterusnya dalam acara kriterium di Taman Tasik Taiping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia