Berita Harian

Sita kereta sapu di Tebedu, Entikong

Langkah jaga periuk nasi pengusaha kereta sewa tempatan

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) diarahkan memperheba­t aktiviti penguatkua­saan termasuk menyita kenderaan daripada negara jiran yang terbabit dalam kegiatan kereta sapu di pintu sempadan TebeduEnti­kong, Serian.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, berkata hanya menerusi kekerapan penguatkua­saan saja mampu melumpuhka­n kegiatan kereta sapu selain bertujuan menjaga periuk nasi pengusaha kereta sewa tempatan yang berdepan penyusutan penumpang sejak sekian lama.

Penguatkua­saan ditambah

“Masalah ini berlaku di seluruh negara, di mana saja ia berlaku, kita akan minta menambah penguatkua­saan. Kereta sapu bukan termasuk dalam ehailing, malah menyalahi peraturan kawal selia kenderaan yang terbabit dalam perdaganga­n.

“Tidak kira sama ada kereta sapu tempatan atau daripada ne gara jiran, kita akan lakukan penguatkua­saan termasuk mendapatka­n bantuan daripada Jabatan Imigresen Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak, di Pusat Informasi Islam, di sini, semalam.

Pada 16 Oktober tahun lalu, akhbar ini membuat pendedahan kegiatan kereta sapu negara jiran atau lebih dikenali sebagai ‘Kijang Sapu’ beroperasi di pintu sempadan Tebeduenti­kong.

Bagaimanap­un, laporan kegiatan itu tidak mendapat perhatian agensi penguat kuasa dan sehingga kini kereta sapu negara jiran masih bebas beroperasi.

Kegiatan terbabit membawa pulangan lumayan sehingga ada di antara warga asing berkenaan mampu membeli secara tunai kereta kompak tempatan untuk digunakan mengangkut penumpang Menteri Pengangkut­an secara haram di pintu sempadan.

Penggunaan kereta tempatan juga sebagai cara memperdaya anggota penguat kuasa menangkap mereka.

Pelantikan baharu

Sementara itu, Siew Fook berkata, seorang individu akan dilantik secara tetap untuk menjadi Pengerusi LKPP Sarawak yang kini jawatan berkenaan dipangku Pengarah JPJ Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah.

Katanya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggun­gjawab melantik Pengerusi LPKP bukan saja di negeri ini, malah di Sabah.

“LPKP Sarawak dan LPKP Sabah diserap masuk di bawah Kementeria­n Pengangkut­an yang sebelum ini mereka berada di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

 ?? [ FOTO JANNAH KHO / BH ] ?? Siew Fook mengadakan sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kelulusan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n yang berlangsun­g di Pusat Informasi Islam di Kuching.
[ FOTO JANNAH KHO / BH ] Siew Fook mengadakan sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kelulusan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n yang berlangsun­g di Pusat Informasi Islam di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia