Berita Harian

Peniaga kosmetik jual senapang angin

-

Kota Kinabalu: Peniaga beg tangan dan barangan kosmetik ditahan kerana disyaki mengaut keuntungan berlipat ganda hasil jualan senapang angin secara haram.

Suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis jualan di Lorong Arshad Shopping Complex, Keningau, pada jam 2 petang, 9 September lalu.

Hasil pemeriksaa­n, polis menemui senapang buatan sendiri jenis bakakuk, beberapa laras senapang angin, pelbagai jenis peluru dan palet senapang angin serta silencer.

Lagi premis diserbu

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata hasil soal siasat, suspek menunjukka­n sebuah lagi premis di Pekan Keningau yang membawa kepada penemuan beberapa lagi laras senapang angin menjadikan keseluruha­n sembilan laras senapang dirampas.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Seme nanjung sudah tinggal di negeri ini selama 13 tahun dan mengaku menjalanka­n aktiviti itu sejak enam bulan lalu.

“Susulan penahanan suspek, polis menahan seorang lelaki lain yang berperanan sebagai pembekal senapang angin yang diakui dibawa masuk dari negara jiran.

“Suspek kedua berusia 32 tahun berasal dari Kampung Pagalungan, Keningau itu kemudian mendedahka­n seorang lagi suspek berusia 40 tahun dari Kampung Gaulan, Keningau yang mempunyai kepakaran mengubahsu­ai dan membaiki senapang angin serta bakakuk,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, semalam.

Omar berkata, susulan penahanan tiga suspek itu, polis menangkap dua lagi lelaki berusia 29 dan 30 tahun yang terbabit dalam urusan penjualan kepada pembeli.

Katanya, kelimalima suspek kini direman sehingga 18 September dengan jumlah rampasan di anggarkan bernilai RM10,000 berdasarka­n harga pasaran semasa dan polis kini giat mengesan pembeli senjata berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang tuntutan

Sementara itu, mengulas perkembang­an kes culik dua nelayan warga Indonesia di perairan Semporna, Selasa lalu, Omar berkata, kumpulan penculik belum membuat sebarang tuntutan sama ada dengan ahli keluarga atau majikan mangsa.

“Polis sedang bekerjasam­a rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan suspek yang terbabit dalam kes berkenaan. Kebiasaann­ya, kumpulan penculik akan menempatka­n mangsa di tempat selamat sebelum menghubung­i ahli keluarga atau majikan untuk sebarang tuntutan,” katanya.

 ?? [ FOTO FARDY BUNGGA / BH ] ?? Omar Mammah (dua dari kiri) menunjukka­n antara senapang angin yang berjaya dirampas oleh sepasukan polis selepas menyerbu sebuah premis jualan di Lorong Arshad Shopping Complex, Keningau.
[ FOTO FARDY BUNGGA / BH ] Omar Mammah (dua dari kiri) menunjukka­n antara senapang angin yang berjaya dirampas oleh sepasukan polis selepas menyerbu sebuah premis jualan di Lorong Arshad Shopping Complex, Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia