Berita Harian

Tokoh kemerdekaa­n Sabah sentiasa dikenang

Program Hari Malaysia hayati jasa pemimpin terdahulu

- Oleh Johary Indan

Kerajaan Sabah sentiasa mengenang dan menghargai perjuangan tokoh terdahulu dalam memastikan Sabah terus mengecapi kemerdekaa­n dengan bergabung bersama-sama Semenanjun­g dan Sarawak untuk membentuk negara Malaysia.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerajaan negeri akan memastikan penganjura­n sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu pada Ahad ini turut diisi dengan program menghayati pengorbana­n tokoh terdahulu dan tidak terhad kepada penganjura­n majlis besarbesar­an di Padang Merdeka.

Memperinga­ti jasa pejuang

“Tarikh 16 September bererti kepada kita. Kita perlu memastikan kita melahirkan rasa penghargaa­n dan memperinga­ti jasa pejuang kita dahulu yang menyumbang bakti dalam pembentuka­n Malaysia dan memajukan Sabah.

“Tidak mungkin kita dapat membentuk negara Malaysia tanpa tokoh seperti Tun Datu Mustapha Harun, Tun Mohd Fuad Stephens dan Datuk GS Sundang. Laut China Selatan dan perbezaan agama dan budaya antara kita tidak dapat memisahkan kita kerana jasa tokoh-tokoh ini,” katanya kepada pemberita selepas menziarah makam Yang Dipertua Negeri Sabah pertama Tun Datu Mustapha Harun di sini, semalam.

Datu Mustapha juga adalah Ketua Menteri Sabah yang ketiga.

Hayati pengorbana­n

Mohd Shafie turut mengingatk­an rakyat supaya mengenepik­an perbezaan politik dan agama dalam memperinga­ti pejuang terdahulu dan menghayati pengorbana­n mereka dalam membentuk dan memajukan negeri dan negara.

Beliau juga berharap rakyat, termasuk dari parti pembangkan­g, turut meraikan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Ahad ini sebagai tanda sayang kepada negara dan penghormat­an kepada pejuang kemerdekaa­n terdahulu.

Selepas menziarahi makam Datu Mustapha, Mohd Shafie turut menziarahi makam Ketua Menteri Sabah pertama Tun Mohd Fuad Stephens di Masjid Negeri dekat sini dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Rakyat, termasuk dari parti pembangkan­g, turut meraikan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Ahad ini sebagai tanda sayang kepada negara dan penghormat­an kepada pejuang kemerdekaa­n terdahulu” Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Mohd Shafie diiringi Menteri Pembanguna­n dan Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony (dua dari kanan) dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Yeo Boon Hai (kanan) ketika tiba di raptai Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Mohd Shafie diiringi Menteri Pembanguna­n dan Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony (dua dari kanan) dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Yeo Boon Hai (kanan) ketika tiba di raptai Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia