Berita Harian

Waspada tempias Taufan Mangkhut

Nelayan tidak turut ke laut selepas amaran

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Sebahagian nelayan di daerah ini tidak turun ke laut selepas amaran dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i mengenai jangkaan Sabah terkena tempias Taufan Mangkhut apabila menghampir­i kepulauan Luzon, Filipina, semalam.

Pengusaha kapal nelayan, Asmaul Gindong, berkata mereka sudah dimaklumka­n mengenai perkara itu dan tidak turun ke laut bermula kelmarin.

Katanya, aktiviti nelayan di laut juga berkuranga­n sejak Julai lalu susulan keadaan angin barat daya yang membawa ribut pada sebelah petang.

“Sebelum jangkaan taufan, nelayan memang jarang turun ke laut sejak Julai kerana musim barat daya. Jika ada yang turun ke laut, tidak bermalam seperti selalu.

“Apabila ada amaran seperti taufan, kami memang tak benarkan kapal turun ke laut kerana bimbang berlaku perkara buruk,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Sementara itu, tinjauan ke sekitar pesisir pantai berhampira­n jeti Pejabat Pos Sandakan dan Tanah Merah di sini mendapati lebih 20 kapal berlabuh dipercayai tidak turun ke laut susulan amaran taufan.

Nelayan tetap turun ke laut

Sebelum ini, Jabatan Meteorolog­i mengeluark­an amaran mengenai Taufan Mangkhut yang dijangka bergerak ke barat dengan kelajuan 25 kilometer sejam (kmsj) dengan haluan ke arah China.

Nelayan, Yusran Yusop, 31, berkata walaupun amaran taufan dikeluarka­n, ada antara nelayan yang biasanya tetap turun ke laut ketika cuaca buruk kerana waktu itu kurang saingan menangkap ikan.

“Biasanya kami lihat keadaan cuaca, jika cuaca waktu siang cerah, kami tetap turun ke laut. Namun jika ada amaran berkaitan taufan, kami akan ikut arahan kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk,” katanya.

Amaran sudah dikeluarka­n

Pengerusi Persatuan Nelayan Sabah (PENGASAH), Datuk Arsit Sedi, berkata pihaknya sudah mengarahka­n nelayan yang menggunaka­n bot kecil tidak turun ke laut susulan amaran taufan menerusi makluman kepada setiap ahli persatuan.

Katanya, terdapat lebih 200 kapal nelayan di pantai barat dan Kudat, manakala sebahagian besar jumlah kapal nelayan di pantai timur negeri ini yang lebih terdedah kepada risiko taufan susulan kedudukan Filipina yang terletak di berhampira­n laut Sulu. Nelayan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia