Berita Harian

Tarikan Pasar Tani Tomu Ground

-

Keningau: Pasar tani Tomu Ground Keningau, di sini, yang berupaya menarik ribuan pengunjung, adalah satu-satunya pasar tani termoden berkonsepk­an pelanconga­n di kawasan strategik di daerah ini, kata Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman.

“Bangunan berbumbung bernilai RM2.97 juta yang menempatka­n pasar tani itu juga menarik pengunjung dari segenap pelosok negeri ini dan menyumbang kepada peningkata­n sosio ekonomi daerah ini,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Sehubungan itu, Yusop mengucapka­n tahniah kepada pengurusan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Keningau kerana berjaya memartabat­kan nama daerah Keningau di peringkat kebangsaan dan pasar tani ini diiktiraf oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebagai antara yang terbaik seumpamany­a di negara ini dan teratas antara 11 pasar tani di Sabah.

Bernama dalam laporannya kelmarin memetik kenyataan pegawai FAMA Keningau Abd Kassim Sani bahawa jualan terkumpul pasar tani berkenaan tahun lalu ialah RM9.5 juta meningkat 15 peratus berbanding 2016.

“Usaha mencantikk­an kawasan itu termasuk dalam pelan perancanga­n. Kita menaik taraf kemudahan yang sedia ada, khususnya tempat letak kereta dan kemudahan lain,” katanya.

Yusop berkata, jalinan kerjasama FAMA, Majlis Daerah Keningau (MDK) serta peniaga cukup baik dan berharap hubungan itu dipertingk­atkan bagi menjadikan pasar itu tumpuan pelancong bernilai komersial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia