Berita Harian

Hiasan Pat Mat Cina jadi tumpuan

-

Miri: Setiap tahun apabila tiba bulan kebangsaan, Mohd Azman Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Mat Cina akan menjadi tumpuan ramai setaraf selebriti tempatan.

Ini kerana mulai Ogos hingga September, Mohd Azman, 60, yang berniaga di Pasar Malam Saberkas iaitu antara destinasi pelanconga­n bandar raya Miri akan menghiasi van kecil serta gerainya dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri sehingga menarik pengunjung untuk mengambil gambar van serta gerainya.

“Ini adalah rutin setiap tahun semasa bulan kebangsaan, saya akan memasang bendera di van milik saya dan gerai saya di Pasar Malam Saberkas,” katanya kepada Bernama.

Mahu anak ikut jejak langkah

Bapa kepada enam cahaya mata yang juga seorang mualaf itu berkata, bendera yang dipasang di van serta gerainya adalah daripada koleksi sendiri hasil sumbangan Jabatan Penerangan pada sambutan bulan kemerdekaa­n tahun sebelumnya dan ada juga yang dibeli.

“Saya mahu memeriahka­n sambutan bulan kebangsaan dan pada masa sama mahu anak saya memahami kepentinga­n bulan itu supaya mereka akan mengikut jejak langkah yang sama pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, bendera akan dipasang pada Ogos dan ditanggalk­an pada 17 September setiap tahun iaitu sehari selepas sambutan Hari Malaysia.

Suami kepada Saadiah Idris, 54 sejak lebih 30 tahun itu berkata, selain meraikan sambutan bulan kemerdekaa­n, dia juga menghiasi gerainya mengikut tema perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Gawai serta hari raya selain memainkan lagulagu perayaan yang berkenaan.

Mohd Azman yang berniaga minuman dan pelbagai makanan sejak lebih 20 tahun berhasrat meneruskan tradisi memasang bendera itu selama mungkin.

Curi tumpuan pengunjung

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Malam Saberkas Miri, Abdul Rahman Jawawi berkata inisiatif Pak Mat Cina berjaya mencuri tumpuan pengunjung Pasar Malam Saberkas dengan ramai yang mengambil gambar van sarat dihiasi bendera Malaysia dan negeri-negeri.

“Setiap tahun Pak Mat Cina akan memasang Jalur Gemilang atas inisiatif sendiri tanpa arahan atau suruhan daripada sesiapa kerana semangat patriotism­enya memang kuat,” katanya.

Inisiatif Mohd Azman turut mendapat perhatian netizen yang memuji semangat serta kreativiti lelaki itu dan menularkan­nya.

Pasar Malam Saberkas yang siap dinaik taraf tahun ini dengan kos RM1.079 juta beroperasi pada Khamis hingga Sabtu setiap minggu.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Van dan gerai milik Mohamad Azman atau lebih dikenali Pak Mat Cina yang dihiasi bendera Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia.
[ FOTO BERNAMA ] Van dan gerai milik Mohamad Azman atau lebih dikenali Pak Mat Cina yang dihiasi bendera Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia