Berita Harian

Geng Hitam berjaya ditumpas

Polis selesaikan 13 kes pecah rumah

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Polis menyelesai­kan 13 kes pecah rumah berikutan penahanan dua lelaki tempatan dipercayai anggota Geng Hitam, Rabu lalu.

Kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada jam 5.30 pagi berhampira­n kompleks 1Borneo selepas mengejar kereta PERODUA Bezza dinaiki mereka yang sebelum itu dikesan dalam keadaan mencurigak­an di kawasan Menggatal.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata penahanan suspek masing-masing berasal dari Tuaran dan Penampang itu dibuat susulan laporan berkaitan kes pecah rumah di Taman Kepayan Ridge, 11 September lalu.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bergiat aktif dalam jenayah pecah rumah sejak sebulan lalu.

“Kita juga mendapati seorang daripada suspek pernah ditangkap mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) tahun lalu dan dijatuhkan hukuman pengawasan selama dua tahun di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kinabatang­an, namun lari daripada pengawasan polis.

“Susulan penahanan mereka, polis merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan bagi kegiatan pecah rumah,” katanya pada sidang media, semalam.

Suspek dari Sarawak

Sementara itu, Habibi berkata, polis turut menahan empat individu termasuk sepasang suami isteri dalam serbuan berasingan pada 11 September lalu.

Semua suspek berusia 19 hingga 42 tahun itu berasal dari Sarawak dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan dadah jenis syabu sekitar bandar raya ini sejak sebulan lalu.

“Hasil serbuan, polis merampas syabu seberat 455 gram bernilai RM50,000 dan siasatan awal mendapati modus operandi digunakan mereka ialah dengan menunggu pelanggan di tepi jalan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ?? [ MOHD NAZLLIE ZAINUL / BH ]. ?? Habibi (tengah) menunjukka­n barang rampasan berkaitan kes dadah dan pecah rumah di Kota Kinabalu.
[ MOHD NAZLLIE ZAINUL / BH ]. Habibi (tengah) menunjukka­n barang rampasan berkaitan kes dadah dan pecah rumah di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia