Berita Harian

Lelaki godam akaun FB siar ugutan ditahan

-

Kuching: Pembantu gimnasium ditahan polis di Kota Samarahan, dekat sini, petang kelmarin, selepas dia dipercayai menggodam akaun Facebook (FB) milik seorang lelaki dan menyiarkan ancaman bunuh terhadap Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan menggodam akaun FB mangsa kerana cemburu selepas individu berkenaan berterusan berhubung dengan teman wanitanya.

Bagi menambah masalah pemilik asal akaun FB itu, suspek mencabar polis untuk menangkapn­ya selepas laporan dibuat di Miri pada 7 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong, berkata pada mulanya, pihaknya mendapati ancaman itu disiarkan di akaun FB yang pemiliknya tinggal di Semenanjun­g Malaysia.

“Bagaimanap­un, siasatan lanjut oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak berjaya mengesan individu lain yang tinggal di Sarawak menggunaka­n akaun FB orang lain untuk menyiarkan ancaman itu.

Cemburu jadi punca

“Individu terbabit juga mencabar polis menangkapn­ya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati cemburu dipercayai motif utama suspek menggunaka­n akaun FB milik orang lain untuk menyiarkan ugutan itu.

“Suspek berbuat demikian untuk menimbulka­n masalah pemilik asal akaun FB itu dengan pihak berkuasa kerana mangsa dikatakan terus berhubunga­n dengan teman wanitanya,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 ?? [ FOTO IHSAN POLIS ] ?? Lelaki yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak ditahan di Kota Samarahan.
[ FOTO IHSAN POLIS ] Lelaki yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak ditahan di Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia